Berita Harian

3 pengarah syarikat didakwa tipu kuota lot Bumiputera

Tertuduh mengaku tidak bersalah palsu dokumen hartanah RM1,635,870

- Oleh Siti Sofia Md Nasir

Tiga pengarah syarikat pemaju hartanah termasuk seorang bergelar Datuk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini, semalam, atas pertuduhan pemalsuan dokumen membabitka­n kuota Bumiputera

pada 2017.

Tertuduh, iaitu Datuk Khor Siang Gin, 49, Thein Ling Yen, 41, dan Tan Siew Feng, 50, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan serentak dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Nizam Zakaria.

Difahamkan, Siang Gin adalah Pengarah Urusan, Ling Yen (Pengarah Bahagian Pemasaran dan Jualan) serta Siew Feng (Pengarah Eksekutif) di syarikat pemaju perumahan berkenaan.

Palsu dokumen jual beli

Mengikut kertas pertuduhan, semua tertuduh didakwa secara niat bersama cuba menipu Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan cara mengemukak­an dokumen perjanjian jual beli palsu bagi mendapatka­n pelepasan kuota Bumiputera sebanyak 30 peratus bernilai kirakira RM1,635,870 untuk Projek Perumahan Alila 2.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang daerah Timur Laut dekat sini pada 8 Mei 2017.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 10 tahun serta boleh didenda.

Pendakwaan kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya S Selvaranji­ni, manakala ketigatiga tertuduh diwakili peguam M Puravalen dan Oh Choong Ghee.

Nizam membenarka­n semua tertuduh diikat jamin RM20,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

 ??  ?? Khor Siang Gin
Khor Siang Gin
 ??  ?? Tan Siew Feng
Tan Siew Feng

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia