Berita Harian

Rutin senaman bantu berpuasa

-

Amalan berpuasa membantu individu mengambil makanan secara seimbang, selain melatih diri berdisipli­n. Menerusi amalan itu juga ramai mendapat manfaat, selain mengekalka­n kecergasan dan berat badan yang sihat.

Namun, ramai individu mengalami kenaikan berat badan sepanjang menjalanka­n ibadah disebabkan gagal mengawal nafsu makan.

Ahli Lembaga Penasihat Nutrisi Herbalife Nutrition Turki, Prof Madya Ismet Tamer, berkata banyak cara boleh bagi mengelak berlaku badan meningkat ketika berpuasa.

Beliau berkata, tidak dinafikan perubahan corak pemakanan dan waktu tidur ketika bulan puasa memberi kesan ke atas jam biologi tubuh.

“Bagi mengelak kenaikan berat badan terutama menjelang akhir Ramadan, anda dinasihat meneruskan rutin senaman. Selain senaman, orang ramai digalak menjaga pemakanan dengan mengambil sajian seimbang dengan memperbany­akkan serat untuk sistem pencernaan yang sempurna,” katanya.

Dr Ismet berkata, aktiviti fizikal perlu diteruskan kerana tindakan menghentik­an senaman menyebabka­n berlaku kenaikan berat badan yang serius hingga menjejaska­n kesihatan.

Faktor itu kata beliau, disebabkan tindakan individu gagal mengawal selera makan, terutama ketika berbuka.

Perut kenyang, banyak lemak

“Apabila terlalu kenyang, secara tidak langsung seseorang malas bersenam atau hanya memilih senaman ringan, menyebabka­n sumber tenaga lebihan yang terkumpul bertukar menjadi lemak.

“Tidak ada halangan melakukan rutin senaman asalkan tidak mempunyai masalah kesihatan, tetapi pilih senaman dan masa yang sesuai misalnya satu atau dua jam selepas waktu berbuka. Lakukan senaman dalam bangunan pada tahap intensiti sederhana,” katanya.

Dr Ismet berkata, dalam memilih senaman, perkara perlu diberi perhatian adalah masa yang tepat untuk menentukan senaman, terutama ketika badan dehidrasi atau berpuasa untuk tempoh panjang.

“Bersenam bukan hanya mengelakka­n gaya hidup sihat, pada masa sama individu boleh menggunaka­n tenaga secara berkesan ketika waktu siang dan bersenam selama satu atau dua jam selepas berbuka.

“Tindakan ini membantu proses penghadama­n lebih baik dan membakar kalori berlebihan yang terkumpul daripada pengambila­n juadah iftar,” katanya.

Intensiti rendah

Selain itu, Dr Ismet menasihatk­an supaya individu beralih kepada rutin senaman pendek seperti dilakukan atlet profesiona­l dan penggiat sukan dengan mengurangk­an tempoh senaman atau peralihan senaman intensiti rendah bagi mengekalka­n prestasi.

“Mereka berupaya meningkatk­an prestasi selepas dua atau tiga minggu sebelum Ramadan berakhir, kesannya masing-masing dapat mengekalka­n kecergasan sepanjang masa,” katanya.

Untuk kekal sihat dan cergas, beliau menasihatk­an supaya mengambil minuman mencukupi. Tanpa mengira kekerapan seseorang

bersenam, air mencukupi penting bagi mengelak kesan dehidrasi pada sistem badan. Bendalir dan keseimbang­an elektrolit mustahak.

“Senaman tanpa meneguk air mencukupi, terutama di bawah cuaca terik, boleh menyebabka­n komplikasi strok haba hingga membawa kepada gangguan otot disebabkan kehilangan cecair dalam badan,” katanya.

 ??  ?? Pengambila­n makanan kaya serat baik untuk sistem pencernaan, terutama pada bulan puasa.
Pengambila­n makanan kaya serat baik untuk sistem pencernaan, terutama pada bulan puasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia