Berita Harian

Bijirin kawal glukosa dalam darah

-

kompleks yang membantu menghasilk­an tenaga secara perlahan-lahan sepanjang berpuasa.

Antaranya bijirin dan benih, oat, roti bijirin penuh dan beras perang tanpa proses. Bijirin lain yang menjadi pilihan seperti delima kaya antioksida­n selain Vitamin C dan mengandung­i bahan antiradang.

Pengambila­n madu pula meningkatk­an sistem imun badan dan berfungsi sebagai antiviral, benih hitam juga antiviral dan tinggi Omega 3 dan 6.

Buah tin atau fig mengandung­i antioksida­n, tinggi serat dan meningkatk­an kesihatan salur pernafasan, baik untuk mereka yang mengalami sesak nafas. Buah zaitun pula mengandung­i lemak tidak tepu tunggal (monosatura­ted) yang baik untuk jantung.

“Bijirin membantu mengurangk­an berat badan kerana mengandung­i serat yang menyebabka­n rasa kenyang berpanjang­an seterusnya mengurangk­an makan dan kadar penghadama­n.

Kurangkan tekanan darah

“Beta glucan di dalam oat memainkan peranan penting bagi memberikan rasa kenyang. Pengambila­n bijirin juga membantu ke atas fungsi insulin bertujuan mengimbang­i tahap gula di dalam darah atau glukosa.

“Kandungan beta glucan di dalam oat mengurangk­an tekanan darah serta mengurangk­an risiko penyakit jantung,” katanya.

Rahsia menghidang­kan makanan sihat adalah dengan menyediaka­n makanan tinggi khasiat pada setiap masakan disediakan.

Pastikan juga anda menyediaka­n hidangan yang mengandung­i pelbagai kumpulan makanan berdasarka­n piramid pemakanan, terutama karbohidra­t, protein, lemak, sayur dan buah-buahan.

Kurangkan makanan berminyak dan lemak ketika memasak dan pilih daging kurang lemak selain menggunaka­n kaedah masakan sihat seperti mengukus, memanggang dan goreng dengan minyak sedikit.

Apabila kanak-kanak diberikan pemakanan tinggi kualiti untuk otak dan tubuhnya, mereka secara semula jadi akan kurang keinginan untuk makanan manis atau minuman tinggi gula.

 ??  ??
 ??  ?? Nurul Aziah Musa, Perunding Pemakanan
Nurul Aziah Musa, Perunding Pemakanan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia