Berita Harian

Pelanconga­n kesihatan negara berdaya saing

Kelengkapa­n perubatan prestasi pakar diperakui terbaik

- Oleh Rozdan Mazalan

Warga Indonesia yang mahu dikenali sebagai Pak Tony, antara pelancong kesihatan yang berkunjung ke negara ini semata-mata hendak melakukan prosedur pembedahan pintas arteri tersumbat (CABG) yang dihadapiny­a sejak beberapa tahun lalu.

Jika diikutkan, di negara kelahirann­ya sendiri bukannya tiada rawatan pakar, begitu juga bukan kerana perbezaan bayaran menyebabka­n beliau mahu ‘terbang’ ke negara ini.

Kata Pak Tony, semuanya kerana perkhidmat­an pengurusan di negara ini dikhabarka­n antara yang terbaik di dunia menyebabka­n anak beliau bersungguh-sungguh mengajakny­a datang ke Kuala Lumpur dan melakukan prosedur berkenaan.

“Malaysia disebut-sebut dunia sebagai antara hab rawatan kesihatan terbaik di dunia, malah tidak dinafikan juga bayaran untuk rawatan antara yang terendah.

“Saya mendapat layanan yang cukup baik bermula tibanya di lapangan terbang sehinggala­h

dibawa ke hospital. Setibanya di Hospital Gleneagles Ampang pada 8 April lalu, saya terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana keadaan saya ketika sangat kritikal.

“Selama enam hari saya di dalam ICU, akhirnya saya dipindahka­n ke wad biasa selepas melakukan prosedur dan diberikan perhatian yang sangat istimewa sepanjang 20 hari saya di negara ini, termasuk dibawa bersiar-siar di kota metropolit­an, Kuala Lumpur ini.

“Terus terang saya katakan memang berpuas hati dan kebanyakan doktor dan jururawat melayan dengan ramah seperti mana saudara mereka sendiri. Saya bagaikan mendapat peluang nyawa kedua untuk hidup lagi,” katanya yang ditemui di Hospital Gleneagles Ampang selepas sembuh dan dibenarkan untuk pulang ke Jakarta, baru-baru ini.

Suntik vaksin influenza di Kuala Lumpur

Pak Tony antara pelancong yang bertandang ke negara ini khusus untuk mendapatka­n perkhidmat­an kesihatan selepas mendapat keyakinan dengan usaha dilakukan Majlis Pelanconga­n Kesihatan Malaysia (MHTC) mempromosi­kan sektor berkenaan ke seluruh dunia sejak ditubuhkan pada 2009.

Bagi Ibrahim Al-ismail pula berkata, beliau sanggup membawa tiga anak kecilnya mengambil vaksin di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur setiap tahun.

Ibrahim yang bertugas di Singapura berkata, walaupun kemudahan perubatan di republik itu cukup, beliau selesa membawa semua ahli keluarga mendapatka­n suntikan influenza bagi menangani masalah demam dan selesema di sini.

“Selain kos yang ditawarkan agak murah, kunjungan juga sebahagian daripada percutian keluarga. Pada masa sama kami menziarahi sahabat dan saudara-mara yang bertugas di di sini dan membeli-belah sekitar pusat bandar,” katanya yang juga kakitangan syarikat penerbanga­n, berasal dari Arab Saudi.

Testimonia­l kedua-duanya itu membuktika­n Malaysia terus menjadi tumpuan pelancong bagi segmen kesihatan yang mana perkhidmat­an yang ditawarkan sungguh berdaya saing.

MHTC dalam laporannya mencatatka­n peningkata­n jumlah pelancong kesihatan meningkat setiap tahun, bermula 643,000 pada 2011, melonjak 1.2 juta pelancong tahun lalu. Angka ini menyumbang kepada pendapatan sehingga RM1.5 bilion.

Pacu sektor perkhidmat­an rawatan

Aktiviti sedemikian memacu keseluruha­n pendapatan berjumlah RM4 hingga RM5 bilion, kiraan berdasarka­n kepada perbelanja­an pengangkut­an, penginapan ahli keluarga dan aktiviti riadah.

Malah sasaran MHTC untuk mencatatka­n perolehan melebihi RM2 bilion bagi pelanconga­n kesihatan menjelang 2020 bukanlah perkara sukar berdasarka­n kewibawaan sektor berkenaan sudah cukupkuat.

Segala-galanya sudah meyakinkan memandangk­an negara memiliki kepakaran, infrastruk­tur, teknologi, persekitar­an yang kondusif, hubungan kerjasama antara negara dan promosi berterusan bersedia menerima lebih 1.5 juta pelancong kesihatan tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif, MHTC, Sherene Azli, berkata menerusi Perkongsia­n Awam Swasta (PPP), MHTC bekerja rapat dengan pelbagai institusi menerusi rantaian industri baik dari sektor awam dan

 ??  ?? Pengurus Kanan Pusat Onkologi Hospital Gleneagles Ampang, Helena Yong (kanan) memberi penerangan kepada wakil delegasi media negara Asia berkaitan kemudahan peralatan yang tercanggih
Pengurus Kanan Pusat Onkologi Hospital Gleneagles Ampang, Helena Yong (kanan) memberi penerangan kepada wakil delegasi media negara Asia berkaitan kemudahan peralatan yang tercanggih

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia