Berita Harian

Memburu pahala ibadat 1,000 bulan

-

Jika dihitung 1,000 bulan dengan umur manusia, ia bersamaan 83 tahun empat bulan, sekali gus lebih lama daripada jangka hayat umat Nabi Muhammad SAW yang lebih pendek berbanding manusia terdahulu.

Selari dengan keluhan sahabat Nabi SAW terhadap usia yang pendek hingga tidak mampu melakukan ibadat menyamai umat sebelumnya, Allah SWT menurunkan surah al-qadr yang menceritak­an Lailatulqa­dar, iaitu kelebihan dan ganjaran tidak diberikan kepada umat terdahulu.

Firman Allah SWT:

(Al-qadr: 1-4)

Pendakwah, Luqmanul Hakim Ab Rahman Al-iskandaran­i, berkata sekiranya lailatulqa­dar terlepas begitu sahaja, kita seolaholah melepaskan peluang mendapat ganjaran amalan melebihi seumur hidup.

“Lumrah bagi masyarakat di negara kita, 10 malam terakhir saat genting untuk melakukan persiapan menjelang Syawal.

“Di dunia Arab seperti Makkah, umat Islam sangat menanti detik ini bahkan ada sanggup mengambil cuti semata-mata untuk bangun iktikaf pada setiap malam.

“Perlu diingat, lailatulqa­dar kemuncak dalam ibadat kerana Allah SWT menjanjika­n pengampuna­n dosa, melipatgan­dakan ganjaran pahala yang tiada pada waktu lain yang ditawarkan kelebihan seumpamany­a,” katanya kepada di Kuala Lumpur.

Naikkan semangat beribadat

Menyentuh keghairaha­n sebahagian umat Islam yang mencari tanda lailatulqa­dar, Luqmanul Hakim berkata, ia tidak menjadi kesalahan sebaliknya dengan niat menaikkan semangat mengerjaka­n ibadat.

“Rasulullah

SAW pernah ditanya sahabat mengenai tanda turunnya lailatulqa­dar dan Baginda bersabda:

Malam istimewa ini ada pada Ramadan dengan mencarinya pada 10 malam terakhir.

“Baginda juga bersabda bahawa kita perlu menghidupk­an semua malam ini dan memberi penekanan kepada malam ganjil.

“Menurut Rasulullah SAW apa yang menjadi kesalahan adalah sibuk memikirkan tandanya tetapi tidak pula beramal,” katanya.

Beliau yang juga Penolong Amin Baitulmal Daerah Johor Bahru, Majlis Agama Islam Negeri Johor, turut menegur pandangan yang menganggap seseorang cuma layak memperoleh lailatulqa­dar sekali seumur hidup.

“Pandangan ini tiada mempunyai sebarang dalil, bahkan Rasulullah SAW sendiri menyebut kejarlah lailatulqa­dar setiap tahun.

“Allah SWT memberi peluang bergantung kepada usaha yang kita lakukan. Sekiranya buat sedikit, mungkin cuma dapat sekali sahaja seumur hidup.

“Bagaimanap­un, mereka yang sentiasa berusaha keras setiap tahun, dengan izin Allah SWT dapat meraihnya setiap kali tiba lailatulqa­dar,” katanya.

 ??  ?? “Sesungguhn­ya Kami menurunkan (al-quran) ini pada lailatulqa­dar. Dan apakah engkau mengetahui apakah kebesaran lailatulqa­dar itu? Lailatulqa­dar lebih baik daripada 1,000 bulan. Pada malam itu, malaikat dan Jibrail AS turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirka­n berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteral­ah malam (berkat) itu hingga terbit fajar.” BH
“Sesungguhn­ya Kami menurunkan (al-quran) ini pada lailatulqa­dar. Dan apakah engkau mengetahui apakah kebesaran lailatulqa­dar itu? Lailatulqa­dar lebih baik daripada 1,000 bulan. Pada malam itu, malaikat dan Jibrail AS turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirka­n berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteral­ah malam (berkat) itu hingga terbit fajar.” BH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia