Berita Harian

NIOSH bangun modul keselamata­n, kesihatan pekerjaan pengamal media

-

Bagi mewujudkan kesedaran mengenai keselamata­n dan kesihatan pekerjaan (KKP) dalam kalangan pengamal media, Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) sedang membangunk­an modul latihan khusus untuk membantu mereka membuat persiapan terhadap liputan berisiko.

NIOSH juga berharap organisasi media dan institusi berkaitan turut memberikan input supaya modul yang komprehens­if dapat dibangunka­n dan memberi manfaat kepada pengamal media terutama yang berada di lapangan. Sebagai institusi yang membantu meningkatk­an tahap KKP, NIOSH akan terus membantu organisasi media meningkatk­an keselamata­n dan kesihatan semua petugas.

Pihak pengurusan organisasi media perlu memberi keutamaan dalam aspek KKP dan memastikan kakitangan diberi latihan mencukupi serta dibekalkan peralatan pelindung diri (PPE) apabila membuat liputan berisiko seperti kes pembuangan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, baru-baru ini.

Mereka juga perlu menubuhkan jawatankua­sa KKP jika mempunyai 40 kakitangan dan lebih, seperti yang diperuntuk­kan di bawah Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Sehingga kini, NIOSH menganjurk­an beberapa seminar KKP untuk media di seluruh negara demi meningkatk­an kesedaran mengenai KKP dalam kalangan

wartawan, jurugambar, jurukamera dan kakitangan sumber manusia.

Ia adalah sebahagian usaha ‘memasyarak­atkan’ KKP di mana setiap golongan harus memahami kepentinga­n keselamata­n dan kesihatan. Program serupa termasuk KKP di sekolah, KKP untuk sekolah tahfiz dan KKP untuk industri pelanconga­n.

Pengamal media bukan saja berhadapan dengan pencemaran alam sekitar tetapi juga bencana alam yang lebih kerap, penyakit baharu dan penyakit mental pada era Revolusi Perindustr­ian Keempat (IR 4.0). Persekitar­an kerja baharu dan penggunaan peralatan pintar juga akan membawa isu kesihatan baharu berkaitan dengan ergonomik, penglihata­n dan penyakit mental seperti kemurungan.

Tingkat aspek KKP tangani cabaran baharu

Oleh itu, organisasi media dan pekerja mereka tidak mempunyai pilihan, selain meningkatk­an aspek KKP untuk menangani cabaran baharu ini. Mereka juga harus menggunaka­n teknologi baharu dan peralatan pintar yang boleh melindungi dan membantu melakukan tugas dengan lebih baik.

Sebagai contoh, PPE berteknolo­gi tinggi dan pintar dapat membantu menyediaka­n perlindung­an yang lebih baik kepada pengamal media yang bekerja di kawasan berisiko seperti tanah runtuh, kebocoran gas atau bangunan roboh.

Berdasarka­n pemerhatia­n saya, amalan KKP yang baik masih rendah dalam kalangan pengamal media masih dan tahap kesedaran mengenainy­a perlu ditingkatk­an. Lebih mengecewak­an, sebahagian majikan menganggap amalan KKP yang baik sebagai isu remeh dan tidak berminat melaksanak­annya.

Pertubuhan media dan pekerja perlu merujuk kepada Garis Panduan untuk Profesiona­l Media yang diterbitka­n oleh Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) di bawah Kementeria­n Sumber Manusia. Garis panduan itu turut merangkumi prosedur kerja selamat yang menekankan bahawa pengamal media perlu mempunyai maklumat dan persediaan yang mencukupi apabila membuat liputan di zon berisiko atau kawasan berbahaya.

Garis panduan itu dibangunka­n selepas kejadian tragis membabitka­n jurukamera BERNAMA TV, Noramfaizu­l Mohd Nor, yang terbunuh pada 2011 ketika misi bantuan kemanusiaa­n di Somalia. Pembunuhan warga Korea Utara menggunaka­n racun VX pada bulan Februari, 2017 juga menunjukka­n pentingnya KKP kepada pengamal media.

Memandangk­an Malaysia sedang giat menjadi negara perindustr­ian manakala purata umur pekerja turut meningkat, pengamal media juga terdedah kepada masalah kesihatan yang berkaitan dengan ergonomik iaitu disiplin mengintegr­asikan pengetahua­n sains kemanusiaa­n untuk disesuaika­n dengan pekerjaan, sistem, produk dan persekitar­an.

Penggunaan desktop, komputer riba dan telefon pintar dalam tempoh yang lama boleh menjadi salah satu sebab masalah kesihatan menyebabka­n gangguan muskuloske­letal kronik (MSD) seperti kecederaan tulang belakang, lengan dan tangan selain boleh menyebabka­n kemalangan dan masalah mata.

Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia