Berita Harian

Pantau bazar Ramadan elak pembaziran

-

sememangny­a dikaitkan dengan bulan untuk meningkatk­an ibadat dan melipatgan­dakan amalan mulia. Selain itu kita sering diingatkan untuk tidak berlebihan apatah lagi melakukan pembaziran.

Malangnya tabiat berlebih-lebihan dalam berbelanja tidak pernah lari dalam kalangan umat Islam termasuk di negara kita sendiri terutama dalam soal pembaziran makanan.

Setiap tahun ketika bulan puasa, isu pembaziran makanan atau juadah berbuka akan diperkatak­an malah boleh disifatkan semakin teruk berbanding hari biasa.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam Malaysia (Swcorp) pernah melakukan kajian yang mendapati 270,000 tan makanan tidak diusik dan terbuang begitu saja sepanjang tempoh sebulan berpuasa setiap tahun.

Terlebih membeli juadah

Kemunculan bazar Ramadan memburukka­n lagi keadaan kerana selain makanan daripada juadah yang tidak terjual, pembaziran juga berlaku membabitka­n juadah yang dibeli pengguna kerana tidak semua mampu dihabiskan.

Setiap tahun, kita diingatkan untuk tidak melakukan pembaziran sedemikian, malangnya pembuangan makanan tidak dapat dielakkan.

Selain memperbany­akkan program bertujuan menyemai budaya berbelanja secara berhemah dalam kalangan pengguna untuk mengikis tabiat pembaziran, mungkin ada baiknya kewujudan bazar Ramadan dihadkan setiap tahun.

Kemunculan gerai makanan yang banyak dan tanpa kawalan di setiap ceruk kawasan atau jalanan juga sebenarnya menambahka­n lagi masalah pembaziran makanan, terutama jika jualan mereka tidak laku.

Bukan peniaga tulen

Ini memandangk­an semua sedia maklum, peniaga yang berniaga pada bulan Ramadan juga bukanlah peniaga tulen kerana kebanyakan mereka lebih mengejar keuntungan atau disifatkan sebagai peniaga bermusim.

Ada baiknya setiap kali Ramadan, sekolah dan institusi pendidikan di negara ini memperkena­lkan program khusus bertujuan mendidik generasi muda tidak berlebih-lebihan atau tidak membazir.

Semoga rakyat kita tidak berterusan mengamalka­n tabiat membazir pada bulan puasa, kerana perbuatan mereka pastinya memberi imej dan mesej buruk mengenai kemuliaan Ramadan.

Amirah Ahmad, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia