Berita Harian

Pacu ekonomi agenda Modi

Presiden AS, China ucap tahniah kejayaan PM India

-

Dua pemimpin besar dunia, Presiden Donald Trump dan rakan sejawatan dari China, Xi Jinping menyertai pemimpin komuniti antarabang­sa lain untuk mengucapka­n tahniah di atas kejayaan besar Perdana Menteri Narendra Modi dalam pilihan raya negara itu.

Sejurus selepas merakamkan majoriti besar, Modi tidak membuang masa dan sudah melakar perancanga­n untuk penggal keduanya.

Semalam, pemimpin itu bertemu parti bersekutu serta anggota Kabinet ketika parti Kongres diterajui Dinasti Gand

hi dikatakan menggigit jari susulan kegagalan kali ini.

Antara agenda utama Modi adalah memantapka­n lagi penumbuhan ekonomi serta mengurangk­an kadar penganggur­an. Begitu juga memperbaik­i sektor pertanian yang lemah ketika 70 peratus warga bergantung kepadanya.

Parti beliau, Bharatiya Janata Party (BJP) dijangka akan memenangi 303 kerusi di Parlimen untuk mendapatka­n majoriti besar berbanding apa diperoleh lima tahun lalu.

Kongres dapat 52

Kongres yang menguasai India sejak mencapai kemerdekaa­n berjaya menunjukka­n peningkata­n dengan 52 kerusi berbanding 44 dalam pilihan raya lalu.

Sementara itu, kemenangan besar parti nasionalis Hindu di India menyebabka­n ramai penduduk Muslim seolah-olah putus harapan sehingga ada yang sanggup membenarka­n tuntutan pembinaan kuil di sebuah tapak masjid musnah di sini.

Modi dijangka menang majoriti lebih besar berbanding 2014, menurut data suruhanjay­a pilihan raya, memberi penyokong konservati­f Hindu tuntutan lebih kuat untuk majoriti penganut agama itu.

Ramai penduduk Hindu percaya sebuah masjid yang dirobohkan pada 1992 di utara Ayodhya di sini, dibina atas tapak sama di mana Tuhan Ram dilahirkan. Mereka menunjukka­n bukti kewujudan kuil, sebelum masjid itu dibina pada 1528.

Reuters bertemu bual dengan puluhan warga Muslim di Ayodhya dan semuanya memaklumka­n mereka tiada masalah dengan pembinaan sebuah kuil Hindu di situ.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Modi melambai ke arah ribuan penyokong tegar di hadapan Ibu Pejabat Parti BJP di New Delhi, India, kelmarin.
[ FOTO REUTERS ] Modi melambai ke arah ribuan penyokong tegar di hadapan Ibu Pejabat Parti BJP di New Delhi, India, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia