Berita Harian

Sedia lepas Neymar, Mbappe

Tuchel yakin PSG mampu bertahan

-

Pengurus Paris SaintGerma­in (PSG), Thomas Tuchel mengakui masa depan dua bintangnya, Neymar dan Kylian Mbappe tidak menentu selepas pengurusan kelab ‘sedia mencari penyelesai­an’ jika mereka benar-benar mahu meninggalk­an Paris.

Neymar ketika ini dikaitkan

kembali ke La Liga selepas meninggalk­an Barcelona dua tahun lalu, manakala Mbappe membayangk­an meninggalk­an PSG dengan komen tersirat ‘projek baharu’ sejurus menerima Anugerah Pemain Terbaik di Paris minggu lalu.

Tuchel berasakan gaya permainan bola sepak moden menyukarka­n dia menjamin pasangan pemain itu terus kekal di PSG, tetapi cukup yakin kelab itu mampu bertahan tanpa kedua-duanya.

“Ini adalah bola sepak. Banyak kelab akan ada pemain yang pindah. Tapi jika anda bertanyaka­n saya sebagai pengurus, memang saya mahu mereka terus kekal di sini musim depan. Tapi jika tidak menjadi, kami akan cari penyelesai­an,” kata Tuchel kepada media selepas ditanya mengenai khabar angin mengenai perpindaha­n pasangan bintangnya itu.

Tak pelik

Tuchel dalam pada itu tidak mengambil ringan komen tersirat Mbappe itu dan menganggap­nya sebagai perkara biasa.

“Dia tidak perlu membuat ucapan panjang lebar mengenai hasratnya. Dia pemain istimewa yang mahu terus menyumbat gol dan dia mahukan seberapa banyak trofi dalam dakapannya.

“Dia pemain istimewa, kami perlu menerima hakikat itu dan kami tidak rasa pelik langsung.

“Saya tidak akan hilang akal dengan komen ringkasnya itu. Saya setiap hari bercakap dengannya. Dia tahu apa yang saya mahukan, kami ada hubungan saling mempercaya­i satu sama lain,” katanya.

Mbappe mampu menyertai perebutan Anugerah Kasut Emas Eropah bersama Lionel Messi sekiranya menyumbat empat gol apabila berdepan Reims hari ini, namun Tuchel menganggap­nya agak mustahil.

“Sukar untuk menyumbat empat gol dalam satu perlawanan. Sebenarnya, kita merendahka­n lawan jika bercakap seperti itu.

“Untuk gol sebanyak itu, saya fikir ia agak sedikit sukar. Saya perlu bercakap dengannya. Dia memang ada sasaran tinggi dan amat yakin,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia