Berita Harian

Guardiola tinggalkan City mengarut

-

London: Laporan yang mengatakan Pep Guardiola akan meninggalk­an Manchester City dan berpindah ke Juventus adalah ‘mengarut’, kata anggota Lembaga Pengarah kelab Inggeris itu, Alberto Galassi, semalam.

Guardiola membantu City menjulang tiga gelaran domestik - Liga Perdana, Piala FA dan Piala Carabao musim ini.

Beberapa media Itali melaporkan bahawa jurulatih dari Sepanyol itu bakal menggantik­an Massimilia­no Allegri, yang meninggalk­an Juve pada penghujung musim ini.

“Khabar angin ini tidak berasas,” kata Galassi kepada Sky Italia.

Guardiola memperbaha­rui kontrak dengan kelab Liga Perdana itu pada tahun lalu dan kontraknya di Stadium Etihad bakal berakhir sehingga 2021.

Mac lalu, khabar angin mengenai dia akan berpindah ke kelab juara Itali - yang memenangi lapan gelaran Serie A sebelum ini - mula tersebar namun Guardiola berkata dia akan kekal di City sekurangku­rangnya sehingga kontraknya tamat, melainkan dipecat.

Khabar angin

AGI Sport di Itali melaporkan yang bekas jurulatih Barcelona dan Bayern Munich itu bersetuju dengan perjanjian selama empat tahun bersama Juventus, dengan gaji dilaporkan 21 juta pound (RM111.46 juta) semusim.

Laporan itu juga mendakwa kontrak itu akan ditandatan­gani secara rasmi pada 4 Jun ini dengan satu majlis pengenalan bakal dilakukan di Stadium Allianz, Turin pada 14 Jun.

“Kelab seperti Juventus tidak akan membenarka­n berita seperti ini tersebar. Manchester City juga tak mungkin tidak dimaklumka­n atau diberitahu mengenainy­a.

“Saya sungguh tidak percaya media melaporkan khabar angin sebegini. Ini mengarut. Guardiola mahu kekal.

“Dia sangat profesiona­l dan dia tidak percaya apa yang dikatakann­ya tidak diendahkan. Dia tidak mahu pergi. Jadi, masalah ini tidak wujud kerana semua ini tidak pernah wujud,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia