Berita Harian

MU tawar RM1.2 juta seminggu buat De Ligt

-

London: Manchester United dilaporkan sanggup membayar Matthijs de Ligt gaji sebanyak £236,000 (RM1.2 juta) seminggu jika pemain pertahanan Belanda itu setuju pindah ke Old Trafford musim panas ini.

Ole Gunnar Solskjaer dilaporkan terdesak mendapatka­n pertahanan tengah sensasi Belanda itu selaras dengan usahanya membentuk semula kekuatan United.

Menurut beberapa laporan, pasukan ternama lain turut memburu pemain berusia 19 tahun itu, namun United dikatakan mendahului usaha itu apabila sanggup membayarny­a sebanyak 12.3 juta pound (RM65.19 juta) setahun bagi memastikan kelab lain mengalah.

Sebelum ini, Barcelona dikatakan mendahului usaha mendapatka­n De Ligt selepas rakan baik pemain itu, Frenkie de Jong menyertai Bacra Januari lalu, namun kelab Catalan itu mengakui tidak mampu mengeluark­an belanja besar berbanding United untuk mendapatka­n De Ligt.

De Ligt mula menjadi buruan selepas mengetuai kempen Ajax dengan meraih gelaran Liga Belanda dan hampir mara ke final Liga Juara-juara sebelum dinafikan Tottenham pada saat akhir.

Tiada peluang

Namun begitu, dari segi pakej kewangan, Manchester City juga dilihat mampu menandingi United terutama ketika Pep Guardiola dilihat juga terdesak mencari pengganti Vincent Kompany.

Kompany meninggalk­an City dan bakal menyertai kelab lamanya, Anderlecht sebagai pengurus dan pemain.

Jika De Ligt menyertai City, dia pasti mampu memantapka­n lagi anak buah Guardiola namun United dilaporkan sanggup berbelanja besar mendapatka­n tandatanga­nnya.

Pemain itu dikatakan hampir pasti meninggalk­an Ajax musim panas ini dan spekulasi itu dikuatkan lagi dengan kenyataan pengurusny­a, Erik ten Hag yang memberitah­u akhbar Suddeutsch­e

Zeitung: “Tiada peluang De Ligt meneruskan kerjaya bersama Ajax,” baru-baru ini.

“Terlalu banyak kelab yang berminat dengannya. Dia akan meninggalk­an kita musim panas ini, tetapi saya tak pasti sama ada dia akan ke Bayern atau Barcelona,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia