Berita Harian

Petanda positif untuk Piala Thomas

Choong Hann yakin pemain raih pengalaman berguna

- Oleh Helmi Talkah

Skuad badminton negara mungkin tersingkir di suku akhir Piala Sudirman 2019 selepas tewas di tangan Jepun 0-3 di Nanning, China semalam.

Namun, pengalaman diraih skuad negara yang dibarisi ratarata pemain muda nyata cukup berharga.

Pemain seperti Lee Zii Jia, Cheam June Wei, Aaron ChiaSoh Wooi Yik dan Teo Ee Yi-ong Yew Sin mampu membentuk pasukan yang mantap bagi menghadapi Piala Thomas 2020 di Aarhus, Denmark.

Namun, mereka perlu terus mempamerka­n peningkata­n dalam tempoh setahun ini.

Mereka sudah membuktika­n mampu menyaingi pemain utama dunia sepanjang aksi di Nanning.

Masing-masing menunjukka­n semangat juang tinggi cuma

mungkin pengalaman yang memisahkan mereka daripada meraih kemenangan.

Pengarah Kejurulati­han Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann berkata, bukan sesuatu yang mustahil skuad negara mampu menjadi pencabar utama gelaran Piala Thomas.

Luka di dagu

“Namun, semua pemain kena terus bekerja keras bagi meningkatk­an prestasi masingmasi­ng. Saya fikir pemain mendapat pengalaman yang cukup berguna pada Piala Sudirman kali ini.

“Ada banyak perkara yang mereka boleh belajar, cuma sekarang cara bagaimana mereka mahu memperbaik­i setiap kelemahan itu.

“Saya mahu mereka membawa pulang apa yang mereka raih dalam kejohanan ke sesi latihan... biasanya daripada latihan ke kejohanan tetapi ia lebih lengkap jika mereka boleh lakukan kedua-duanya,” katanya kepada BH Sukan.

Pada aksi bertemu Jepun, aksi Ee Yi-yew Sin paling mencuri tumpuan apabila mereka bertarung selama 1 jam 35 minit sebelum tewas kepada pasangan nombor dua dunia, Takeshi Kamura-keigo Sonoda 21-13, 24-26, 21-23.

Malah, Ee Yi benar-benar mendalami maksud peribahasa berjuang sehingga titisan darah yang terakhir apabila dia terpaksa menerima rawatan selepas mengalami luka di dagu sehingga berdarah akibat berlanggar dengan Yew Sin ketika terikat 19-19 di set ketiga.

“Saya ok saja, cuma dagu saya terpaksa dijahit,” kata Ee Yi ketika ditanya mengenai luka di bahagian dagunya.

“Kami sudah melakukan yang terbaik dalam perlawanan hari ini (semalam). Cuma, kami gagal mengawal keadaan dengan baik di babak akhir dan menjadi punca kekalahan kami.

“Apapun, kami mendapat pengalaman yang berguna sepanjang kejohanan ini. Kami yakin kami boleh bangkit untuk terus meraih keputusan positif dalam kejohanan seterusnya,” katanya.

 ??  ?? Lee Zii Jia
Lee Zii Jia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia