Berita Harian

Kedudukan Kim di hujung tanduk

-

Kuala Lumpur: Ikatan jurulatih dari Korea Selatan, Kim Hyeong Seob dengan Taekwondo Malaysia (TM) mungkin tidak bertahan lama apabila badan induk itu berhajat mendapatka­n pengganti lebih berpengala­man dari negara sama.

Jurulatih kyorugi berusia 27 tahun itu, baru saja tiba ke ibu negara pada April lalu dengan tawaran kontrak percubaan selama tiga bulan, namun nasibnya kini bagai ‚telur di hujung tanduk‘ selepas menerima pelbagai laporan kurang enak membabitka­nnya.

Pengerusi Teknikal TM, R Dhanaraj, ketika mengesahka­n perkara berkenaan menjelaska­n walaupun Kim mempunyai kebolehan dari aspek kemahiran namun dianggap terlalu muda, serta cetek pengalaman.

“Pelbagai pendapat kami terima antaranya daripada jawatankua­sa kejurulati­han yang berpendapa­t dia kurang pengalaman dan terlalu muda sekali gus menyebabka­n dia terlalu rapat dengan atlet.

Bayaran lebih tinggi

“Tetapi apapun kami akan memberikan masa kepadanya untuk buktikan sesuatu sehingga akhir bulan depan, jika tidak kita terpaksa mengambil jurulatih baharu,“katanya selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Kerja (JKK) TM dengan Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

Sebagai rekod, Kim adalah bekas rakan sepelatih kepada pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016, Lee Dae-hoon.

Dia hanya ditawarkan kontrak percubaan selepas TM tidak mahu insiden lama - jurulatih tidak sesuai dengan atlet negara - berulang.

Ditanya siapakah jurulatih yang menjadi buruan, Dhanaraj mengesahka­n jurulatih skuad para taekwondo Korea Selatan, Chun Si Jin berada dalam radar mereka ketika ini.

“Kita sudah memiliki calon lain, jurulatih ini lebih berpengala­man... Cuma dia meminta bayaran lebih tinggi sekitar AS$3,500 (RM14,655),” katanya yang turut mendedahka­n sasaran dua pingat emas di Sukan SEA Filipina, November depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia