Berita Harian

PJ City, City adakan rundingan

Bukan urusan jual beli, lebih kepada sokongan teknikal

- Oleh Naqib Nor Said

Petaling Jaya City yang dikaitkan menjadi antara kelab berjaya menarik minat Manchester City tidak menafikan sememangny­a

sedang menjalanka­n rundingan dengan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Bagaimanap­un, Timbalan Presidenny­a, S Chandrages­an, berkata rundingan itu bukan bagi urusan ‘jual-beli’ sebaliknya lebih kepada usaha mendapatka­n sokongan teknikal serta jalinan kerjasama bagi membangunk­an akademi bersama City.

“Di tahap ini masih belum ada apa-apa (perjanjian jual-beli), memang mereka ada memasang niat untuk meluaskan empayar hingga ke Asia Tenggara.

“Lagipun sekarang mereka sudah ada kelab di Melbourne (City) dan China. Mungkin mereka melihat Malaysia berpotensi untuk dijadikan hub Asia Tenggara tetapi itu bergantung pada rundingan yang dijalankan.

“Buat masa ini apa yang saya pasti perbincang­an kami lebih tertumpu kepada bagaimana kita boleh dapatkan bantuan mereka dari segi sokongan teknikal dan pembanguna­n akademi,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Hak jualan langsung

Nama PJ City kini hangat diperkatak­an sebagai pilihan untuk dibeli City Football Group selepas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahka­n skuad The Citizens berminat untuk membeli sebuah pasukan tempatan kelmarin.

Ia hasil daripada mesyuarat bersama delegasi City diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Ferran Soriano kelmarin, namun tidak dinyatakan dengan tepat kelab mana yang menjadi pilihan.

Begitupun, spekulasi itu bukan sesuatu yang mengejutka­n memandangk­an PJ City sebelum ini yang dikenali sebagai MIFA sudah diambil alih oleh QI Group yang menjadi rakan strategik City.

Dan anak syarikat mereka, QNET turut menjadi penaja utama pasukan Liga Super yang berpangkal­an di Lembah Klang itu.

Sebagai rekod, QNET mendapat hak sebagai syarikat jualan langsung global barangan City di seluruh dunia sejak lima tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia