Berita Harian

Malapetaka tunggu skuad hoki wanita

-

Sepang: Masa depan pemain hoki wanita negara menjadi pertaruhan terbesar menjelang Pusingan Akhir Siri FIH di Banbridge, Ireland Utara bermula 8 Jun ini dengan mereka perlu meraih dua tempat terbaik untuk menyalakan impian layak ke Sukan Olimpik 2020.

Ini kerana hanya dua pasukan terbaik dapat meneruskan cabaran ke pusingan akhir kelayakan Olimpik pada Oktober ini dan seandainya gagal, besar kemungkina­n bukan saja pengendali­nya Dhaarma Raj Abdullah boleh kehilangan kerja, malah malapetaka buruk menanti pemain.

Ia berikutan sejurus berakhir kempen di Ireland Utara menyaksika­n skuad negara tiada sebarang kejohanan utama sekali gus wujud kemungkina­n mereka akan tercicir sementara daripada program Majlis Sukan Negara (MSN).

Jadi, Dhaarma percaya ia menjadi misi hidup mati, dan walaupun hanya turun sebagai pasukan pilihan kelima daripada lapan pasukan yang bertanding, pengendali dari Melaka itu berharap berlaku keajaiban.

Direhatkan sementara

“Kami sudah berpengala­man menghadapi situasi ini (beraksi pada Ramadan dan Aidilfitri), jadi mungkin kami boleh mendapat sesuatu kali ini.

“Ia mustahak kerana kalau kami gagal di sana kebanyakan pemain dalam skuad ini berdepan kemungkina­n tercicir daripada program MSN disebabkan Sukan SEA nanti hanya mempertand­ingkan acara hoki dalam dewan.

“Bagi acara berkenaan satu lagi pasukan sudah dibentuk untuknya, jadi kita tiada kejohanan lagi... Sebab itu penting untuk kami dapatkan sesuatu,” katanya ketika ditemui di KLIA sebelum berlepas ke Itali, malam kelmarin.

Seandainya gagal, bukan saja pasukan akan ‘direhatkan sementara’, malah pemain juga bakal kehilangan elaun sebagai atlet kebangsaan yang disalurkan MSN.

Ketika ini, barisan pemain Malaysian Tigress ditempatka­n dalam program Tier 3 dan pemain memperoleh elaun antara RM800 hingga RM2,500 sebulan bergantung pada pencapaian mereka.

Di Ireland Utara nanti, Malaysia yang menduduki ranking ke-22 dunia diundi dalam Kumpulan A bersama Ireland (kelapan), Republik Czech (ke-19) dan Singapura (ke-35). Kumpulan B pula dibarisi Korea Selatan (ke-11), Scotland (ke-18), Ukraine (ke-26) dan Perancis (ke-30).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia