Berita Harian

Peluang takraw raih emas ‘tulen’

-

Kuala Lumpur: Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM) sedia mempertaha­nkan pingat emas antara regu di Sukan SEA Filipina 2019 sekalipun dengan penyertaan semula kuasa besar, Thailand dalam acara berkenaan.

Ini kerana berdasarka­n laporan terbaru, negara Gajah Perang itu khabarnya sedia mengorbank­an acara hoop, hanya untuk beraksi dalam acara antara regu dan regu berpasukan sama seperti Malaysia kali ini.

Bagaimanap­un, Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail berkata, sama ada musuh tradisi menyertai acara itu atau tidak, ia bukan menjadi kayu pengukur utama buatnya kerana pada akhirnya dia tetap optimis dengan peluang anak buahnya sendiri.

“Untuk Sukan SEA kali ini, kami sasar satu emas oleh kerana acara yang dipertandi­ngkan tidak banyak. Kami hanya boleh menyertai dua daripada empat acara dipertandi­ngkan bagi kategori lelaki, jadi sasaran satu emas sudah memadai.

“Dan bagi Thailand pula kita tidak ambil pusing mengenai penyertaan mereka (dalam antara regu), kerana percaturan kita hanya untuk mengambil bahagian dalam acara yang mana atlet kami punyai prestasi terbaik.

“Sebagai contoh, kalau prestasi regu kami baik bererti acara itulah yang akan disertai,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Kerja (JKK) PSM bersama Majlis Sukan Negara (MSN) di sini semalam.

Khabar gembira

Gemar memilih ‘jalan mudah untuk emas walaupun murah’ seperti dua temasya lalu sejak 2015, Ahmad mengakui pihaknya sekiranya boleh mahu mengelak bertemu lawan lebih kuat.

“Memang sekiranya boleh kami nak elak pasukan kuat tetapi apakan daya ia bukan di bawah kuasa kami untuk menentukan penyertaan negara lain.”

Pada mesyuarat berkenaan, PSM turut mendapat perkhabara­n gembira apabila MSN merestui permintaan mereka untuk menyertai Kejuaraan Sepaktakra­w Asia 2019 di Kunming, China pada 8 Jun ini yang menjadi sebahagian daripada sesi penilaian pemain.

“Untuk wanita sebanyak 11 negara ambil bahagian di Kunming nanti manakala lelaki 18 negara dengan ia membabitka­n dua acara iaitu antara regu dan terbuka.

“Di sana kami juga melakukan sedikit perubahan apabila tidak menyenarai­kan barisan utama kerana ingin memberi pendedahan kepada beberapa pemain muda,” katanya.

Ketika ini seramai 24 pemain lelaki dan 15 wanita mengikuti kem latihan negara yang berpangkal­an di German-malaysian Institute, Bangi dengan PSM perlu menyerahka­n senarai panjang pemain ke Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebelum 30 Jun ini.

 ?? [ FOTO OWEE AH CHUN / BH ] ?? Ahmad (tiga dari kiri) ketika mesyuarat jawatankua­sa kerja untuk sukan sepak takraw di Majlis Sukan Negara.
[ FOTO OWEE AH CHUN / BH ] Ahmad (tiga dari kiri) ketika mesyuarat jawatankua­sa kerja untuk sukan sepak takraw di Majlis Sukan Negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia