Berita Harian

PKNS elak tersungkur lagi

-

Kuala Lumpur: Kegagalan PKNS FC meraih kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut Liga Super menyaksika­n skuad Semut Merah itu kini terperosok ke tangga kesembilan.

Terikat 3-3 dengan Perak sebelum dikejutkan Kuala Lumpur 2-1 dan tewas dengan keputusan sama di tangan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT), mereka nyata memerlukan kemenangan untuk kembali meletakkan diri dalam kelompok atasan liga.

Bagaimanap­un, mereka bakal berdepan laluan sukar untuk kembali mengutip mata penuh apabila dijadual bertemu PJ City FC pada aksi yang akan berlangsun­g di Stadium Shah Alam, malam ini.

Berdasarka­n aksi pertama di Petaling Jaya yang menyaksika­n mereka tewas tipis 1-0, anak buah Datuk K Rajagobal itu nyata perlu lebih berhati-hati seandainya mahu mengelak daripada sekali lagi menjadi mangsa pasukan terbabit.

Barisan terbaik

“PKNS FC tidak rela lagi untuk kehilangan mata dalam mengejar posisi terbaik Liga Super. Misi itu bukan mudah, apatah lagi bertemu dengan PJ City FC yang berada dalam momentum terbaik selepas mengumpul 3 kemenangan berturut-turut.

“PKNS FC yang bebas daripada kecederaan pemain akan menurunkan barisan terbaik esok (hari ini),” kata pasukan itu menerusi laman rasminya, semalam.

Sebagai rekod, PKNS FC kini menghimpun 16 mata menerusi empat kemenangan dan empat seri. Sebaliknya, PJ City FC di bawah bimbingan K Devan cemerlang apabila menghuni tangga ketujuh liga selepas menghimpun 17 mata.

Perak bakal berdepan masalah tambahan untuk mengatasi Melaka United (MU) di Stadium Perak, Ipoh malam ini selepas skuad Hang Tuah dijangka menurunkan dua pemain import baharu.

 ??  ?? Angan menjalani latihan bersama rakan sepasukan menjelang pertemuan menentang Perak, malam ini.
Angan menjalani latihan bersama rakan sepasukan menjelang pertemuan menentang Perak, malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia