Berita Harian

Peluang Bos Gaurus pintas Hang Tuah

-

Kuala Lumpur: Perak tidak boleh melepaskan peluang keemasan untuk memintas Melaka United (MU) apabila kedua-dua pasukan itu bertembung di Stadium Perak, Ipoh malam ini.

The Bos Gaurus yang kini berada di tangga keenam dan hanya satu mata di belakang skuad Hang Tuah yang mengumpul 19 mata selepas 14 perlawanan.

Kehadiran tiga pemain import baharu termasuk dua dari Brazil, Ronaldo Henrique dan Raianderso­n Da Costa (Careca) serta pemain Lubnan, Hussein El Dor dilihat menambahka­n lagi keyakinan untuk Perak mendapatka­n tiga mata di gelanggang sendiri.

Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic juga mengharapk­an sentuhan daripada tiga pemain itu mampu membawa Perak ke dalam kelompok lima teratas Liga Super.

“Mereka kurang cergas pada aksi berdepan Pahang sebelum ini dan untuk berdepan Melaka, kami harap mereka dapat mencipta sesuatu buat pasukan.

Prestasi tak menentu

“Apa yang penting semua pemain perlu memberikan komitmen 100 peratus dan tampil dengan semangat tinggi untuk mendapatka­n kemenangan,” katanya.

Ronaldo dan Careca membuat penampilan awal yang cemerlang bersama Perak apabila masing-masing sudah meledak tiga dan dua gol.

Masalah prestasi tidak menentu Perak sejak awal musim ini memaksa Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) melakukan pertukaran pemain import selepas jendela perpindaha­n kedua dibuka pada 2 Mei lalu.

Malah, kehadiran Ronaldo dalam tiga perlawanan terakhir tampak berbaloi buat Bos Gaurus apabila dua jaringanny­a ketika menewaskan PKNP 2-1 berjaya membawa skuad Durakovic ke separuh akhir Piala FA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia