Berita Harian

Pasukan Liga M3 ancam tarik

Tak puas hati isu play-off, hadiah kemenangan

-

Kuala Lumpur

Sslot automatik ke saingan Liga Perdana tidak diberikan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

“Kalau tiada promosi secara automatik, tak adil kepada pasukan yang bertanding kerana sasaran kami ketika membentuk pasukan pada awal musim adalah untuk mara ke saingan yang lebih tinggi. “Situasi ini menimbulka­n rasa kurang senang bukan sahaja kepada pasukan tetapi kepada penaja. Malah, penaja kami juga menjelaska­n mereka akan menarik diri jika tiada slot automatik ke pasukan Liga Perdana bagi musim hadapan.

“Penat sahajalah kami beraksi sepanjang musim, namun tidak dapat pergi lebih jauh. Kalau begini, lebih baik kami beraksi dalam liga haram sahaja jika setakat untuk bermain bola sepak secara suka-suka,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Tak berbaloi

Difahamkan, juara Liga M3 akan mengharung­i aksi play-off bertemu pasukan tercorot Liga Perdana namun dengan saingan itu hanya tinggal 11 pasukan selepas penggugura­n Perlis, situasi ini memungkink­an juara mendapat slot automatik ke Liga Perdana.

Naib juara Liga M3 pula akan mengharung­i aksi play-off menentang pasukan di tangga ke-11 Liga Perdana untuk merebut satu lagi slot ke saingan terbabit.

Sebelum penganjura­n Liga M3 sebagai saingan divisyen tiga, divisyen tiga dianjurkan menerusi saingan Piala Persatuan Bolasepak Malaysia (Piala FAM) yang menyaksika­n dua pasukan yang mara ke final akan mendapat slot automatik ke saingan Liga Perdana musim seterusnya.

Dalam masa sama, bukan setakat slot automatik yang menjadi kerisauan malah wang kemenangan yang diberikan kepada juara Liga M3 juga disifatkan tidak berbaloi dengan perbelanja­an yang dikeluarka­n pasukan.

“Bayangkan juara Liga M3 hanya mendapat RM30,000 sebagai hadiah kemenangan. RM30,000 itu pun belum cukup untuk menampung perbelanja­an pasukan yang akan beraksi di tempat lawan.

“Kita beraksi dalam liga bertaraf amatur namun ditekan seperti beraksi dalam saingan liga profesiona­l,” katanya.

Sebagai perbanding­an, juara Piala FAM seperti sebelum ini akan membawa pulang RM200,000 sementara naib juara akan memperoleh RM100,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia