Berita Harian

Melaka, Kelantan, Sarawak terselamat

-

Kuala Lumpur: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahka­n Melaka, Kelantan dan Sarawak terselamat daripada hukuman pemotongan tiga mata selepas mengemukak­an dokumen seperti yang diminta.

MFL dalam kenyataan semalam menegaskan pasukan berkenaan menunjukka­n komitmen tinggi untuk mematuhi peraturan dan berjaya melengkapk­an proses dokumen sebelum tarikh akhir, Rabu lalu.

Selain itu, MFL mengesahka­n denda sekatan perpindaha­n pemain pada jendela perpindaha­n kedua Liga Malaysia yang bakal berakhir pada 29 Mei ini ke atas Kelantan dan Sarawak kekal, namun dibenarkan mendaftar satu pemain dengan bersyarat.

“Mengambil kira usaha yang dilakukan Kelantan dan Sarawak serta aspek kesukanan, keputusan dibuat untuk membenarka­n Kelantan dan Sarawak mendaftar satu pemain.

“Bagaimanap­un, pasukan itu terlebih dahulu harus membuktika­n kepada MFL bahawa terdapat aliran tunai yang positif terhadap kewangan pasukan yang mana pendaftara­n pemain baharu itu tidak melebihi perbelanja­an pemain yang digugurkan,” jelas MFL.

Pemotongan 50 peratus

BH Sukan kelmarin melaporkan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan merayu MFL tidak memotong mata mereka walaupun mengakui pihaknya gagal melengkapk­an beberapa dokumen seperti pengesahan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sebelum ini, MFL mengenakan hukuman berat pemotongan 50 peratus daripada geran tahunan ke atas tujuh pasukan- Kuala Lumpur, Felda United, Melaka, Kelantan, PDRM, Sarawak dan Pulau Pinang - kerana gagal melengkapk­an pendaftara­n.

 ?? [ FOTO MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER / BH ] ?? Barisan kelantan terselamat dari pemotongan tiga mata.
[ FOTO MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER / BH ] Barisan kelantan terselamat dari pemotongan tiga mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia