Berita Harian

Kontraktor diarah baik pulih segera

Tindakan perlu diambil sebelum musim perayaan

- Oleh Harun Yahya

Kontraktor pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo diarahkan segera membaik pulih jalan raya sedia ada di jajaran Sibu ke Selangau yang dilaporkan mengalami kerosakan teruk.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian, berkata pegawai khasnya sudah berjumpa dengan kontraktor terbabit untuk menggesa pihak berkenaan mengambil langkah segera sebelum musim perayaan, tidak lama lagi.

“Tindakan harus dilakukan segera kerana perayaan Gawai Dayak dan Aidilfitri menjelang tiba dengan jumlah pengguna jalan raya di laluan itu

akan meningkat.

“Kami kerap menerima aduan pengguna mengenai keadaan jalan raya terbabit. Kami memahami cabaran dihadapi kontraktor, ditambah pula dengan keadaan cuaca tidak menentu, namun jalan sedia ada perlu diselengga­ra dengan baik untuk keselesaan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyerahan bantuan Gawai Dayak dan Aidilfitri di Sekolah Kebangsaan (SK) Penghulu Imban, di sini, kelmarin.

Harap jalan raya selamat

Mengulas lanjut, Baru berkata, orang ramai bukan menjangkak­an jalan raya terbabit sempurna sepenuhnya kerana memahami laluan lebuh raya itu masih dalam pembinaan.

“Mereka hanya berharap jalan raya sedia ada itu boleh digunakan dengan selamat dan lancar. Oleh itu, tindakan harus diambil sekarang dan jangan buang masa lagi.

“Kontraktor mengetahui masalah itu yang sudah dibangkitk­an kepada mereka dan saya berharap tindakan sewajarnya akan diambil secepat mungkin,” katanya.

Pada majlis kelmarin, Baru menyerahka­n 300 bahan bacaan kepada SK Penghulu Imban bagi membantu menyemai amalan suka membaca dalam kalangan murid, selain menyalurka­n sumbangan RM5,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu.

 ?? [FOTO HARUN YAHYA /BH] ?? Baru merasmikan majlis penyerahan bantuan Gawai Dayak dan Aildilfitr­i di SK Penghulu Imban di Selangau, kelmarin.
[FOTO HARUN YAHYA /BH] Baru merasmikan majlis penyerahan bantuan Gawai Dayak dan Aildilfitr­i di SK Penghulu Imban di Selangau, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia