Berita Harian

AMARAN KETUA POLIS NEGARA

Ketua Polis Negara sedia ambil tindakan tegas pegawai, anggota langgar peraturan

- Oleh Fazrik Kamarudin

Hentikan hubungan dengan sindiket judi, maksiat. Saya tak akan bertolak ansur rasuah dalam pasukan” Datuk Seri Abdul Hamid Bador, Ketua Polis Negara

Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) diingatkan untuk menghentik­an hubungan dengan sindiket judi dan maksiat sebelum mereka dikenakan tindakan, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Justeru, Abdul Hamid berkata, mana-mana pegawai dan anggota polis yang sebelum ini berkomprom­i dengan ketua dan anggota sindiket judi dan maksiat dinasihatk­an untuk

mengingati semula ikrar mereka untuk menegakkan undang-undang.

“Selagi mereka belum memakai baju jingga (baju lokap) dan digari tangan mereka, ia masih belum terlambat.

“Nasihat saya, hentikan segera connection (hubungan) dengan sindiket judi dan maksiat, saya tidak akan bertolak ansur dengan unsur rasuah dalam pasukan.

Elak rasuah

“Pendekatan ini (tidak bertolak ansur dengan rasuah) diterima baik orang-orang saya, perlu diingat pegawai dan anggota polis yang baik lebih ramai daripada mereka yang korup,” katanya selepas melancarka­n Op Selamat 15 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019, di sini, semalam.

Mengulas lanjut mengenai jenayah yang dilakukan pegawai dan anggota polis yang tidak bertanggun­gjawab, Abdul Hamid berkata, ia adalah perkara yang menyedihka­n untuk berlaku.

Bagaimanap­un, beliau berkata, tindakan pantas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM memberikan mesej yang jelas kelakuan jenayah oleh pegawai dan anggota polis tidak akan dipandang ringan.

Ganjaran kepada pegawai, anggota amal integriti

“Kita akan ambil tindakan, jika sebelum ini mungkin kes seumpamany­a kita akan rakam keterangan dan kemudian bebaskan dengan jaminan, namun sekarang kita tahan dan reman mereka untuk dijalankan siasatan,” katanya.

Abdul Hamid juga memberi jaminan pegawai dan anggota mengamalka­n integriti yang tinggi akan diberikan ganjaran.

“Kepada orang ramai jangan sekali-kali menawarkan rasuah kepada polis serta agensi penguat kuasa yang lain, jika berdegil mereka akan ditangkap oleh pegawai dan anggota polis.

“Pegawai dan anggota polis yang menolak rasuah ini, mereka akan diberikan surat penghargaa­n dan kenaikan pangkat dengan segera,” katanya.

Kita akan ambil tindakan, jika sebelum ini mungkin kes seumpamany­a kita akan rakam keterangan dan kemudian bebaskan dengan jaminan, namun sekarang kita tahan dan reman mereka untuk dijalankan siasatan” Abdul Hamid Bador, Ketua Polis Negara

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia