Berita Harian

Kerajaan usaha tingkat pelaburan asing

Kebergantu­ngan produk import dikurangka­n bagi perkukuh nilai ringgit: PM

- Oleh M Hifzuddin Ikhsan dan Hamzah Osman

Kerajaan akan berusaha memperting­katkan pelaburan asing dan mengurangk­an kebergantu­ngan kepada produk import bagi memperkuku­hkan nilai ringgit, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, selain menarik pelaburan asing yang mampu memberi pekerjaan kepada rakyat, Malaysia perlu mengeluark­an sendiri produk asas seperti sayursayur­an, buah-buahan, hasil laut dan ternakan bagi mengelak pengaliran ringgit ke luar negara.

“Kita perlu bebas daripada barangan import dengan cara mengeluark­an produk dalam negara yang dapat memperkuku­hkan ekonomi dan jika ekonomi kukuh, ringgit akan menjadi sihat.

“Dalam jangka pendek, kerajaan akan berusaha mencari pelaburan luar yang mampu memberi pekerjaan dan membantu memperkuku­hkan ringgit kembali,” katanya pada Majlis Penyerahan Kad Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) di Kompleks Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di sini, semalam.

Petang kelmarin, ringgit ditutup pada paras 4.1870/1900 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), iaitu kerugian bagi empat minggu berturut-turut susulan penurunan harga minyak mentah yang memburukka­n

unjuran kewangan Malaysia.

Mengulas mengenai lambakan pekerja asing di negara ini, Dr Mahathir berkata Malaysia tidak dapat menolak kebergantu­ngan itu kerana majoriti rakyat enggan melakukan kerja yang dilakukan warga asing.

Lambakan pekerja asing

Perdana Menteri berkata, lambakan pekerja asing juga menjadi antara sebab ringgit menjadi lemah akibat berlaku pengaliran wang ke luar negara yang besar ketika ini.

“Ya, kita ada bincang dalam mesyuarat Kabinet dan kerajaan memang hendak hapus pekerja asing tetapi tidak dapat sebab rakyat kita tidak sanggup bekerja.

“Kita faham jika rakyat tidak mahu kerja berat seperti membina bangunan tetapi kerja di restoran dan pasar raya yang berhawa dingin pun kita tidak mahu,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata, Langkawi bakal menjadi pengeluar beras pulut utama negara menerusi projek penanaman padi pulut berskala besar yang dijangka bermula September ini.

Dr Mahathir berkata, langkah itu bertujuan meningkatk­an pendapatan petani selain mengurangk­an kebergantu­ngan negara kepada beras pulut import.

Tanam padi pulut

“Usaha ini akan dimulakan Jabatan Pertanian dengan menyediaka­n kawasan yang luas untuk ditanam padi pulut, iaitu projek berasingan daripada tanaman padi biasa.

“Memandangk­an harga pulut lebih tinggi daripada beras biasa, projek ini menjanjika­n pendapatan lumayan kepada petani yang bersedia menyahut saranan kerajaan,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Perdana Menteri mengumumka­n bantuan RM290,000 kepada 140 petani di Langkawi yang terjejas selepas sawah mereka kering akibat kemarau di antara Disember dan Mac lalu.

“Sebanyak 219 hektar tanah sawah terjejas akibat bencana itu, dan bantuan yang disalurkan ini dapat meringanka­n beban yang ditanggung mereka,” katanya.

Keseluruha­nnya, Langkawi memiliki sawah seluas 2,700 hektar dengan bilangan pesawah seramai 1,300 orang.

Pada majlis sama, Dr Mahathir turut menyerahka­n 48 kad KIDA kepada penerima sekitar Langkawi yang membolehka­n mereka menerima bantuan kewangan RM250 sebulan, selain RM500 setahun untuk rawatan kesihatan sekeluarga.

Dalam jangka pendek, kerajaan akan berusaha mencari pelaburan luar yang mampu memberi pekerjaan dan membantu memperkuku­h ringgit kembali” Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Dr Mahathir menyampaik­an replika Kad Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) kepada Pegawai Daerah Langkawi, Muhamad Arof Darus (kanan) pada Majlis Penyerahan KIDA Daerah Langkawi sambil diperhatik­an Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaa­n Koridor Utara (NCIA), Datuk Seri Jebasingam Issace John di Langkawi, semalam.
[FOTO BERNAMA] Dr Mahathir menyampaik­an replika Kad Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) kepada Pegawai Daerah Langkawi, Muhamad Arof Darus (kanan) pada Majlis Penyerahan KIDA Daerah Langkawi sambil diperhatik­an Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaa­n Koridor Utara (NCIA), Datuk Seri Jebasingam Issace John di Langkawi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia