Berita Harian

Akta khusus kini dalam kajian: TPM

Pakar UM dipilih untuk gubal RUU

-

Akta khusus bagi melindungi kebajikan dan hak asasi warga emas sedang dalam kajian, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau, yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata, pakar dari Universiti Malaya (UM) dipilih menjalanka­n kajian bagi menggubal Rang Undang-undang (RUU) berkenaan.

“Kita juga nak adakan beberapa perbincang­an sebelum membentang­kan RUU ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan jerayawara Boost e-donation, di sini, semalam.

Penggubala­n akta itu dipersetuj­ui ketika mesyuarat Majlis Penasihat dan Perundinga­n Warga Emas Negara yang dipengerus­ikan Dr Wan Azizah pada Disember lalu.

Akta itu juga antara lain bagi mewujudkan sistem sokongan

yang diperlukan warga emas.

Kes bawah bidang kuasa polis

Sementara itu, ditanya sama ada kementeria­nnya akan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap bekas ketua eksekutif syarikat telekomuni­kasi yang didakwa menceroboh dan mengancam bekas isterinya dan keluarga, Dr Wan Azizah berkata, kes itu berada di bawah bidang kuasa polis.

“Saya difahamkan kes itu NFA (No Further Action), NFA dikeluarka­n oleh pihak DPP (Timbalan Pendakwa Raya) bukan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat setelah menerima input daripada siasatan polis dan pemeriksaa­n doktor,” katanya.

Akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan bekas isteri lelaki terbabit telah membuat sekurangku­rangnya 15 laporan polis sejak 2015, selepas pasangan itu bercerai dengan mendakwa bekas suaminya turut mencabul kehormatan anak mereka.

 ?? [FOTO NURUL SHAFINA JEMENON /BH] ?? Dr Wan Azizah bersama (dari kiri); Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Digital Servis, Mohd Khairil Abdullah; Presiden Axiata Berhad, Tan Sri Jamaludin Ibrahim; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, Datin Che Asmah Ibrahim dan Pengerusi Kumpulan Axiata Berhad, Tan Sri Ghazzali Sheikh Abdul Khalid menunjuk aplikasi E-dompet Boost selepas perasmian Majlis Pelancaran Kod QR untuk Yayasan Kebajikan Negara di Menara Axiata, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO NURUL SHAFINA JEMENON /BH] Dr Wan Azizah bersama (dari kiri); Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Digital Servis, Mohd Khairil Abdullah; Presiden Axiata Berhad, Tan Sri Jamaludin Ibrahim; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, Datin Che Asmah Ibrahim dan Pengerusi Kumpulan Axiata Berhad, Tan Sri Ghazzali Sheikh Abdul Khalid menunjuk aplikasi E-dompet Boost selepas perasmian Majlis Pelancaran Kod QR untuk Yayasan Kebajikan Negara di Menara Axiata, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia