Berita Harian

Kenaikan gred Datuk Bandar MBJB isu lama

-

Johor Bahru: Isu kenaikan gred membabitka­n perjawatan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan beberapa pegawai dalaman sudah lama dibangkitk­an dan permohonan dibuat kira-kira empat tahun lalu.

Sebelum ini, viral gambar tangkap layar aplikasi Whatsapp menunjukka­n perbualan mendakwa terdapat kenaikan gred yang keterlalua­n iaitu membabitka­n perjawatan Datuk Bandar (naik ke Jusa B), Setiausaha MBJB (Jusa C) dan semua pengarah (Gred 54).

Datuk Bandar MBJB, Datuk Amran A Rahman, berkata beliau mengesahka­n maklumat berkenaan sahih, bagaimanap­un menegaskan permohonan kenaikan gred itu sudah lama dibuat kira-kira tiga hingga empat tahun lalu.

“Isu ini sudah lama, permohonan dibuat ketika saya belum menjawat jawatan Datuk Bandar lagi, sudah bertahun-tahun iaitu kira-kira tiga ke empat tahun lalu.

“Perkara ini juga melalui proses yang panjang dan Setiausaha Kerajaan Johor juga membawa perkara ini ke peringkat Kerajaan Persekutua­n bagi mendapatka­n kelulusan pusat,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Bukan perkara suka-suka

Amran berkata, permohonan kenaikan gred itu melalui proses yang agak panjang dan bukan satu perkara atau tindakan yang dilakukan secara sukasuka.

“Proses ini membabitka­n tempoh panjang dan bukan suka-suka hendak naik, kebetulan pula keputusan (kenaikan) tiba pada waktu saya (menjawat jawatan Datuk Bandar),” katanya.

Katanya, keputusan kenaikan gred berkenaan diterima Setiausaha Kerajaan Johor daripada Kerajaan Persekutua­n pada Khamis lalu.

Mengikut portal sistemguru­online.my, kakitangan awam dengan Gred Jusa B menerima gaji pokok antara RM7,788 hingga RM15,900 serta menerima pelbagai elaun bernilai lebih RM7,500. Gred Jusa C pula dengan gaji pokok antara RM7,189 hingga RM14,587 serta elaun keseluruha­n hampir RM6,000.

 ??  ?? Amran A Rahman
Amran A Rahman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia