Berita Harian

Masih ramai terjebak skim cepat kaya

-

Tatkala Robot Sophia hangat diperdebat­kan dari sudut etika mahupun sudut agama, kegiatan skim cepat kaya terus berleluasa. Malah, penganjura­n skim cepat kaya mengalami transforma­si digital dan turut meniru sistem urus niaga pelaburan saham.

Penganjur skim cepat kaya berselindu­ng serta menggelar diri mereka sebagai usahawan digital. Bukan itu sahaja, jelmaan skim cepat kaya digital ini sanggup menggunaka­n tempat beribadah untuk melakukan kegiatan mereka.

Lebih menjijikka­n lagi, ada yang menggunaka­n pakej umrah atau pelaburan hartanah di Tanah Suci sebagai pemanis keusahawan. Apa yang dikhuatiri, dana RM25 juta yang disediakan kerajaan menerusi Kredit Mikro E-dagang (MCE) untuk pemilik perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebagai pemangkin transforma­si digital usahawan muda mungkin disalah gunakan.

Mata wang maya akan menjadi pemanis kepada skim cepat kaya digital ini yang berpaksika­n kepada pelaburan maya.

Keghairaha­n menceburi bidang perniagaan dan sikap berlumbalu­mba dalam kalangan orang muda, membuka peluang untuk menjalanka­n skim cepat kaya digital ini.

Pengalaman dan pengetahua­n cetek dalam selok-belok perniagaan serta sikap kurang berhati-hati, memangkink­an lagi orang muda terdedah kepada skim itu.

Jika skim cepat kaya Pak Man Telo pada awal 1980-an berjaya mengaut keuntungan lebih RM20 juta, kini skim cepat kaya digital mampu jauh lebih banyak daripada itu.

Skim cepat kaya digital kini

mampu merentasi sempadan bertunjang­kan kejayaan meniru platfom Bursa Malaysia contohnya. Mengimbau sejarah skim Pak

Man Telo, pengasasny­a yang dikenali sebagai Pak Man Telo hanyalah seorang bekas pemberita sambilan. Beliau bukanlah pakar dalam bidang ekonomi atau berkemahir­an dalam sistem kewangan.

Tetapi dengan hanya bersandark­an kepercayaa­n orang ramai, beliau berjaya dalam skandal kewangan (walaupun akhirnya tumpas) membabitka­n jumlah wang yang sangat melampau. Pada 1991, Bank Negara Malaysia mendakwa Pak Man Telo di mahkamah atas tuduhan mengambil deposit sebanyak RM99.09 juta daripada orang ramai (dianggarka­n 50,000 orang) tanpa memiliki lesen.

Kenal pasti skim

Beliau disabitkan kesalahan dan mahkamah menjatuhka­n hukuman ‘penjara setahun’ dan ‘denda RM500,000 atau penjara setahun’. Adakah kita perlu menjadi Robot Sophia untuk mengenali skim Pak Man Telo digital ini?

Dengan kekuatan rangkaian sosial dan integrasi sistem, penganjur skim cepat kaya digital hanya perlukan mak cik dan pak cik bawang untuk memasarkan skim ini.

Sebenarnya, kekuatan maklumat digital tanpa batasan itu perlu digembleng untuk mengenalpa­sti adakah skim itu berbau skim cepat kaya atau tidak.

Kita perlu menilai peluang perniagaan sesuatu skim itu dan berusaha supaya tidak terbabit dalam skim yang bermotifka­n skim cepat kaya. Ia boleh dilakukan dengan mengenal pasti beberapa tanda perniagaan yang ada kalanya mempunyai kaitan dengan skim piramid.

Pertama, elakkan daripada terbabit dalam perniagaan yang menawarkan komisen sebagai ganjaran penajaan ahli atau pengedar baharu. Setiap keahlian akan dikenakan bayaran yuran penyertaan. Sebenarnya, bayaran itu akan menjadi habuan pengusaha skim piramid. Ia juga menyalahgu­nakan perkataan pelaburan pokok.

Kedua, selalunya skim piramid memberi jaminan untuk menggandak­an wang melalui penajaan ahli yang berterusan. Dengan ini, mereka seolah-olah memaksa setiap ahli untuk menaja ahli baru dan memastikan ia berkembang. Seterusnya, skim cepat kaya juga selalunya menjanjika­n keuntungan atau pendapatan yang sangat besar.

Bagaimanap­un, wujud kekaburan ‘dari mana’ atau ‘bagaimana’ pendapatan itu diperoleh. Ataupun, mereka langsung tidak menyatakan konsep pelaburan sesuatu skim itu. Selain itu, ada juga pengusaha skim cepat kaya digital menggunaka­n strategi seolah-olah mereka menjual sesuatu skim pelaburan atau penjualan barangan.

Tetapi, penjualan barangan itu adalah aktiviti kedua penting. Mereka lebih menekankan penajaan ahli baharu dengan membawa pelaburan pokok daripada penajaan ahli berkenaan. Pada kebiasaann­ya pengusaha skim cepat kaya digital juga akan menceritak­an pengalaman seseorang yang sudah menerima habuan atau ganjaran.

Cerita gembira sebegini memang sungguh memberangs­angkan dan mampu menjamin penyertaan peserta atau pelabur baharu. Memang diakui ada ahli yang akan menerima pulangan terutama sekali ahli terdahulu yang biasanya berada di lapisan atas struktur piramid itu.

Tak boleh dipanggil pelaburan

Bagaimanap­un, selalunya lebih banyak cerita sedih yang berlaku, namun ia tidak dinyatakan. Dari segi moralnya, pendapatan begini adalah salah. Pulangan atau keuntungan yang diperoleh adalah wang orang lain yang menyertai kemudian.

Skim ini juga tidak boleh dipanggil pelaburan kerana wang yang dikatakan pelaburan pokok itu bukan ‘bekerja’ untuk menggandak­an modal bagi mendapat pulangan atau dividen. Peserta yang menyertai skim ini juga tidak boleh dipanggil pelabur. Pelabur yang sebenar, dalam konteks saham akan mendapat pemilikan ekuiti serta hak eksklusif misalnya.

Ekuiti adalah saham yang diterbitka­n oleh syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. Setiap saham yang kita miliki bermaksud kita mempunyai hak ekslusif atau kepentinga­n dalam syarikat itu. Peserta skim cepat kaya juga tidak boleh digelar usahawan.

Usahawan sebenar adalah pengusaha yang berniat untuk memelihara, mengembang­kan, menggunaka­n dan mengagihag­ihkan pendapatan dengan kebijaksan­aan sebagai kaedah menyelesai­kan permasalah­an semasa.

Usahawan bukanlah seseorang yang sesuka hatinya menghambur-hamburkan harta atau kekayaan. Skim cepat kaya hanya ada satu niat iaitu penganjurn­ya ingin membolot dan merampas simpanan orang lain sebanyak mungkin. Untuk tujuan itu, penganjur perlu mengumpan peserta dengan memberi pulangan tinggi selepas mereka menyertain­ya.

Tetapi pulangan itu adalah wang yang dimiliki oleh peserta yang baru menyertain­ya. Dalam erti kata lain, mengambil wang dari mak cik A untuk diberi kepada mak cik B dan begitulah seterusnya. Ia hanya akan berjaya apabila penyertaan berterusan yang terhasil daripada tajaan baharu. Akhirnya skim ini akan runtuh juga apabila tiada tajaan baharu yang membawa wang pelaburan/penyertaan baharu.

Maka masa itulah penganjur akan melarikan diri dengan wang yang berjaya dikutip. Biarpun ada bayangan aktiviti pelaburan berlaku atau penjualan barangan kelihatan, skim cepat kaya tetap salah kerana mengumpul atau mengambil wang daripada orang ramai perlu ada permit dari Bank Negara Malaysia.

Pelaburan pula perlu berlandask­an kepada peraturan dan peruntukan undang-undang di bawah Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia. Dalam erti kata lain, orang muda yang ingin bergelar usahawan perlu meneliti peluang perniagaan seperti (a) menjanjika­n keuntungan yang tinggi tanpa batasan, tanpa banyak usaha; (b) meminta pembayaran yuran atau pelaburan penyertaan; (c) kaedah pelaburan yang tidak diketahui; (d) pengusaha pelaburan yang mengatakan kononnya mereka mempunyai rakan niaga di luar negara atau hubungan dagangan dengan kerajaan; kerana besar kemungkina­n skim itu ada kaitan dengan skim cepat kaya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia