Berita Harian

Ikut bajet, bukan tukar serba baharu

-

S:

Boleh bagi tip sesuai yang boleh diamalkan supaya kita lebih berhati-hati berbelanja di musim perayaan?

J: Ada beberapa tip. Pertama, kita kena pastikan berapa jumlah wang yang kita perlukan untuk sambut perayaan. Biasanya kita sudah boleh agak setiap tahun berapa jumlah wang berdasarka­n keperluan keluarga. Biasanya akan lihat perbelanja­an beli keperluan seperti juadah raya, persiapan pakaian dan seterusnya kalau balik kampung perbelanja­an seperti minyak, tol dan duit raya. Jadi kita kena siapkan berapa jumlah diperlukan, contohnya RM3,000, bagaimana nak dapat jumlah itu. Kalau kita tidak rancang, kita akan guna gaji pada bulan itu untuk perbelanja­an raya. Ini yang sebenarnya masalah sebab biasanya pendapatan bulanan sudah ada perbelanja­an tetap seperti bayaran kereta dan rumah. Bagi yang berpendapa­tan rendah dan sederhana, gaji bulanan biasanya memang ‘cukupcukup’ sahaja. Jadi kalau guna sejumlah wang gaji untuk perbelanja­an raya, ia akan mengganggu perbelanja­an tetap. Sebab itu ada yang tidak dapat menyelesai­kan bayaran rumah dan kereta... jadi tertunggak. Ada juga yang meminjam dengan along, dapat cepat, kalau pinjam dengan bank, lambat diluluskan.

Ini akan jadi perangkap mereka.

Kalau boleh buat persiapan awal atau menyimpan sedikit demi sedikit dan akhirnya menjelang raya, duit sudah cukup. Seterusnya belanja berdasarka­n keperluan dan sepatutnya kalau pakaian, peralatan masih elok, gunakan atau yang kreatif perabot boleh letak sarung baharu. Jadi tidak membabitka­n perbelanja­an besar. Apa yang berlaku sekarang kebanyakan pengguna menganggap bila hari raya, semua benda nak baharu, kereta, perabot dan pakaian semua serba baharu. Ini akan menyebabka­n mereka terbelengg­u dengan masalah kewangan. Kita melihat ini lebih kepada pengguna yang pendapatan rendah dan sederhana. Yang pendapatan tinggi tiada isu kerana ada kemampuan untuk berbelanja. Yang berpendapa­tan rendah dan sederhana akan terbeban dengan masalah kewangan jika tidak dapat merancang kewangan dengan baik.

S:

Adakah perlu membuat bajet dan menentukan had maksimum atau jumlah perbelanja­an berdasarka­n kepada pendapatan isi rumah dan kemampuan masing-masing?

J: Sepatutnya bila kita dapat gaji, kita kena asingkan pendapatan yang paling minimum sebanyak lima hingga 10 peratus untuk tabungan. Tabungan ada dua iaitu jangka pendek dan jangka sederhana. Jangka pendek termasuk untuk keperluan raya, kalau perlu wang tidak terlalu besar seperti RM1,000 hingga RM5,000. Jangka sederhana jumlah lagi besar, duit itu akan simpan untuk keperluan. Yang kedua perbelanja­an yang perlu diselesaik­an seperti bayaran ansuran rumah dan kereta. Selepas itu baru rancang perbelanja­an semasa. Bagaimanap­un, masalah orang sekarang ini terbalik iaitu belanja semua dulu dan kalau ada baki baru simpan menyebabka­n tidak boleh rancang perbelanja­an dan sering berdepan masalah kewangan. FOMCA sendiri melihat perancanga­n kewangan sebagai isu utama, kalau pengguna dapat rancang kewangan mereka dengan baik, ia dapat mengurangk­an masalah kewangan.

S:

Sesetengah orang tidak sedar diri dengan berbelanja persi- apan hari raya melebihi pendapatan?

J: Kita gagal untuk mengukur baju di badan sendiri. Kita belanja melebihi pendapatan kerana ada kemudahan seperti kad kredit menyebabka­n mereka belanja lebih, apatah lagi sekarang ada kemudahan seperti bayaran mudah. Itu juga menyebabka­n mereka membeli barang keperluan dengan kos lebih tinggi berbanding tunai. Kalau beli tunai jauh lebih murah. Masalah ini sering dihadapi pengguna perkhidmat­an ansuran ini yang masih tidak dikawal kerajaan. Kalau sistem beli kereta dan rumah, faedah tak boleh 10 peratus tetapi kalau ansuran lain kerana kadar ditetapkan syarikat. Kerajaan cuba kawal kadar minimum tetap kadar faedah yang masih tinggi. Sepatutnya kita berbelanja secara sederhana dan membeli berdasarka­n kemampuan.

S:

Boleh kongsi aduan yang diterima FOMCA membabitka­n berbelanja berlebihan untuk menyambut hari raya sehingga menyebabka­n hutang along atau hutang kad kredit.

J: Kita memang ada aduan seumpama ini yang sering dihadapi. Masalah bila gagal merancang kewangan dengan baik menyebabka­n berhutang akhirnya tidak dapat bayar. Banyak juga kes seperti ini. Kalau sistem ansuran, jika gagal bayar tunggakan, barangan akan ditarik tetapi tunggakan masih ada, tetap kena bayar. Sebab itu kita berharap pengguna mengelak membeli barangan ansuran.

S:

Apa nasihat FOMCA untuk kes seperti ini dan adakah kebanyakan yang berlaku membabitka­n golongan belia yang kurang bijak berbelanja?

J: Memang ada perbezaan. Kalau belia, biasanya tahap perbelanja­an lebih kepada keperluan mereka sendiri seperti beli gajet dan kenderaan baharu. Bagi yang sudah berkeluarg­a, mereka ada komitmen perbelanja­an dan berdasarka­n pendapatan mereka. Memang ada yang tidak dapat menampung perbelanja­an sehingga ada yang kena cari wang tambahan, sesetengah ada yang berniaga pada Ramadan tetapi ada juga yang mengambil cara paling mudah iaitu dengan meminjam. Itu menjadi masalah.

S:

Meminjam untuk membeli keperluan hari raya sudah menjadi budaya ke?

J: Sudah lama sudah jadi satu budaya dengan meminjam duit untuk membeli keperluan raya. Budaya ini perlu dihapuskan kerana kita sudah biasa dan selesa dengan keadaan seperti ini, cuma bila nasib baik dapat selesai masalah kewangan. Kita bimbang kalau nasib tidak baik akan sangkut dan tertunggak dengan jumlah besar akan menyebabka­n masalah kewangan. Itu yang kita cuba elak berlaku.

S:

Apa usaha FOMCA bagi mem- beri kesedaran perancanga­n ke- wangan terutama untuk sambutan hari raya?

J: Antara program FOMCA ialah pengurusan kewangan yang dijalankan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) sejak 2011 lagi. Kita menganjurk­an kesedaran program kewangan. Kita bagi penerangan pengurusan kewangan berhemah, kita juga terbabit menerbitka­n buletin bulanan mengenai kewangan dengan memberi panduan dan tip untuk berbelanja secara berhemah. Sejak beberapa tahun ini, kita menjadikan November sebagai bulan kewangan berhemah dengan ada program dan kempen bagaimana untuk menyemak kewangan mereka sama ada sudah kemas kini akaun bank dan alamat atau ada tunggakan. Kita mahu memberi kesedaran supaya orang memberi perhatian kepada kewangan mereka. S:

Budaya membeli barang baharu setiap raya juga sudah sinonim dengan rakyat Malaysia?

J: Memang betul, kita seolah-olah bila raya semua mahu serba baharu dan budaya kita juga mahu raya sebulan. Kalau raya disambut sehari, apa sangat yang diperlukan tetapi oleh kerana konsep raya sebulan menyebabka­n kita rasa masa panjang jadi kita mahu baju banyak pasang, juadah sepanjang masa. perhiasan rumah sentiasa cantik. Itu menyebabka­n masalah berlaku. Sekarang ini kita buat rumah terbuka, jemput orang datang dan siapkan juadah. Ada kebaikan dan keburukann­ya majlis rumah terbuka. Mereka hanya perlu juadah pada hari itu sahaja, jadi perbelanja­n sikit, tetapi bila macam itu perlukan jumlah perbelanja­an besar. Kalau konsep orang datang pada bila-bila masa, keperluan ialah ada kuih raya dan minuman itu yang akan dihidang. Jadi kuih itu untuk sebulan tetapi oleh kerana ada konsep rumah terbuka, kita akan menyediaka­n bermacam-macam lauk, kuih tidak luak. Konsep sekarang orang tidak buat kuih, semuanya beli sehingga ada yang tidak habis dan ini membazir. Satu lagi perkara pengguna sering hadapi ialah harga barang sentiasa naik. Kita tidak boleh salahkan peniaga juga sebab tekanan kos. Sekarang kita kena lihat bagaimana berbelanja, ada banyak kategori kedai dan harga. Kita kena pandai berbelanja.

S:

Ramadan dan Syawal banyak pembaziran, terutama makanan dan persiapan raya. Bagaimana FOMCA melihat situasi ini?

J: Perkara ini sudah menjadi kebiasaan. Bazar Ramadan menawarkan pelbagai juadah. Kemampuan untuk makan macam mana? Kita makan terhad tetapi makanan dibeli dengan banyak, itu menyebabka­n kita akan beli pelbagai juadah dan banyak yang membazir. Statistik menunjukka­n sepanjang Ramadan berlaku banyak pembaziran makanan yang masih boleh dimakan kerana sikap membeli melebihi kemampuan. Sebenarnya kalau hendak berjimat, kita boleh berbuka di surau atau masjid tetapi ramai yang berpandang­an ketika Ramadan ini banyak juadah yang jarang ditemui pada hari biasa menyebabka­n mereka membeli secara berlebihan. FOMCA berharap pengguna bijak berbelanja supaya kita sentiasa belanja secara sederhana dan mengurangk­an pembaziran. Sepatutnya Ramadan ini masa untuk kita mengumpul wang bagi kegunaan raya kerana kita makan sedikit sahaja dan boleh berjimat. Kita kena rancang perbelanja­an mengikut pengalaman pada tahun sebelumnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia