Berita Harian

Sempat bincang tema baju raya

Seorang daripada tiga penumpang maut ceria

- Oleh Junaidi Ladjana

Seorang daripada tiga penumpang yang terbunuh dalam kemalangan dua bot dekat Kampung Pondo, Pulau Gaya, kelmarin, sempat berbincang tema warna baju raya dengan sepupunya ketika berbuka puasa, enam jam sebelum kejadian itu.

Beloi Andoni, 15, begitu gembira apabila berbincang mengenai persiapan menyambut Aidilfitri bersama Rauf Hassan, 22.

Perkara itu dinyatakan oleh Rauf ketika ditemui media di sini, semalam.

“Ketika berbuka puasa

kami sempat berbincang tema warna baju raya tahun ini. Beloi begitu gembira ketika kami berbincang untuk beraya bersama dan dia ketawa kerana bingung memilih tema warna baju raya tahun ini,” katanya.

Beloi dan bapanya bekerja sebagai penjual ikan Pasar Ikan Kota Kinabalu. Bapa mangsa turut cedera dalam kemalangan itu.

Dasar laut

Rauf berkata, dia amat sedih ketika menemui mayat sepupunya itu di dasar laut ketika mencari mangsa kemalangan yang tenggelam.

“Saya menemui mayatnya dan dapat mengecamny­a berdasarka­n baju dipakainya ketika kami berbuka puasa bersama,” katanya.

Dua lagi penumpang bot yang terbunuh dalam nahas jam 12.40 tengah malam itu ialah David Waling, 19, dan Betiran Lajabiti, 20.

Bapa Beloi pula antara tujuh mangsa yang cedera dan kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE). Difahamkan, semua mangsa beralamat di Kampung Pondo, dalam perjalanan ke Jeti Safma untuk persiapan menjual ikan.

Nahas itu membabitka­n bot membawa sembilan penumpang dari Pulau Gaya menuju Jeti Safma di sini, manakala sebuah lagi bot tanpa penumpang dipercayai dari arah bertentang­an.

Berikutan kemalangan itu, pemandu bot tanpa penumpang melarikan diri selepas kejadian itu kerana bimbang keselamata­n dirinya sebelum menyerah diri kepada polis sejam kemudian.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superinten­dan George Abd Rakman, berkata pihaknya sedang menjalanka­n siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

“Setakat ini, polis sedang menjalanka­n siasatan lanjut dan pengesahan berhubung butiran diri ketiga-tiga mangsa,” katanya.

Beliau berkata, pemandu bot tanpa penumpang yang berusia 56 tahun itu ditahan sejurus menyerah diri di Balai Polis Pulau Gaya.

 ?? [FOTO JUNAIDI LADJANA/BH] ?? Tiga mayat kemalangan dua bot dekat Kampung Pondo, Pulau Gaya dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu sebelum dibawa ke hospital, kelmarin.
[FOTO JUNAIDI LADJANA/BH] Tiga mayat kemalangan dua bot dekat Kampung Pondo, Pulau Gaya dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu sebelum dibawa ke hospital, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia