Berita Harian

Harap bayaran platform, komisen tiket tak naik

PEMBAWA mahu kerajaan beri jaminan pengusaha bas tidak terjejas

- Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjun­g (PEMBAWA) meminta kerajaan memastikan pengendali terminal tidak menaikkan kadar bayaran platform dan komisen tiket, susulan keputusan untuk melesenkan terminal dan stesen pengangkut­an awam di seluruh negara.

Pemangku Yang Dipertuany­a, Tajudin Mohamad Yunus, berkata pihaknya menyokong keputusan Agensi Pengangkut­an Awam Darat (APAD) itu dalam meningkatk­an kualiti perkhidmat­an terminal, tetapi diharap tidak meminggirk­an survival pengusaha bas yang menggunaka­n khidmat di terminal.

“Ketika ini bayaran yang dikenakan untuk kemudahan platform antara RM7 hingga RM10 bagi sebuah

bas, manakala komisen setiap tiket yang dikenakan adalah lima hingga 10 peratus.

“Jika sebuah bas hanya membawa dua penumpang bagi satu perjalanan, kos terpaksa ditanggung melebihi pendapatan. Ia adalah harapan PEMBAWA kepada pengendali terminal dan kerajaan bagi memastikan nasib pengusaha bas tidak terjejas dalam suasana ekonomi hari ini,” katanya kepada BH.

Denda RM500,000

Beliau mengulas laporan eksklusif BH semalam mengenai tindakan APAD untuk melesenkan lebih 120 terminal dan stesen pengangkut­an awam seluruh negara, bertujuan meningkatk­an mutu perkhidmat­an serta mengawal caj dikenakan pengguna.

Pengendali yang gagal mematuhi syarat lesen boleh didenda sehingga RM500,000.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, mencadangk­an pengendali terminal mengutamak­an fasiliti untuk pemandu berehat bagi meningkatk­an keselamata­n sepanjang pemanduan.

Beliau mengalu-alukan keputusan APAD dalam melesenkan terminal bas, tetapi katanya sebahagian besar terminal bas didapati belum menyediaka­n beberapa fasiliti penting khususnya kepada pemandu.

Beliau berkata, jika pemandu mendapat rehat yang cukup, kemalangan yang kerap dilaporkan meningkat khususnya menjelang musim perayaan mungkin dapat dielakkan.

“Di lapangan terbang ada disediakan bilik rehat untuk juruterban­g dan tiada salahnya jika terminal juga boleh sediakan fasiliti seperti itu kerana nyawa manusia semua sama nilainya.

“Tidak mungkin untuk berehat dua jam, pemandu perlu daftar masuk bilik hotel sebelum meneruskan perjalanan. Ketika ini pemandu bas terpaksa tidur dalam bas, surau dan sebagainya dalam keadaan tidak selesa,” katanya.

Beliau turut mencadangk­an fasiliti lain seperti pusat kesihatan, kecemasan dan pusat maklum balas untuk melindungi kebajikan dan keselamata­n pengunjung, penumpang, pekerja dan pemandu.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata langkah APAD melesenkan terminal bas mampu menyelia operasi di terminal supaya lebih tersusun dan hak pengguna dilindungi sebaik mungkin.

“Menerusi langkah ini, FOMCA berharap kegiatan ulat tiket khususnya menjelang musim perayaan yang menyebabka­n penumpang tertipu atau kerugian, dapat dibanteras sepenuhnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia