Berita Harian

19 zon panas kes lemas dikenal pasti

-

Melaka: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti 19 lokasi panas sebagai kawasan berisiko tinggi berlaku kes lemas sepanjang cuti perayaan Aidilfitri ini.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Mohammad Hamdan Wahid, berkata kesemua lokasi itu disenarai berdasarka­n kekerapan berlaku kejadian lemas melebihi lima orang dalam tempoh tiga tahun lalu.

Katanya, kebanyakan lokasi panas itu terletak di pantai timur Semenanjun­g seperti Air Terjun Sekayu, Terengganu; Pantai Nipah, Bachok; dan Muara Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.

“Tahun lalu saja, kira-kira 400 kematian direkodkan akibat lemas membabitka­n aktiviti air di seluruh negara,” katanya pada sidang media pada Majlis Jalinan Mesra Ramadan 2019 di Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, di sini, malam kelmarin.

Mohammad Hamdan berkata, pihaknya turut mengenal pasti 39 lagi kawasan lain membabitka­n lokasi perkelahan seperti air terjun, pantai dan sungai yang dikategori­kan sebagai berisiko.

Ambil langkah berjaga-jaga

Justeru, katanya, JBPM akan menempatka­n pasukannya melakukan rondaan di lokasi dikenal pasti, sekali gus menjimatka­n masa bagi usaha menyelamat lebih cepat sekiranya berlaku kecemasan.

“Kita akan menjalanka­n kempen keselamata­n di air kerana lazimnya pada musim cuti, orang ramai akan menghabisk­an masa untuk rekreasi dan berkelah.

“Bomba juga akan bekerjasam­a dengan pihak berkuasa tempatan untuk meletakkan topografi di kawasan terbabit kerana pengunjung, terutama dari luar, tidak mengetahui keadaan pantai dilawati,” katanya.

 ?? [FOTO RASUL AZLI SAMAD /BH] ?? Mohammad Hamdan (tengah) pada sidang media selepas Majlis Jalinan Mesra Ramadan 2019 di Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, malam kelmarin.
[FOTO RASUL AZLI SAMAD /BH] Mohammad Hamdan (tengah) pada sidang media selepas Majlis Jalinan Mesra Ramadan 2019 di Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia