Berita Harian

Doktor ‘pening’ caj rawatan tak berubah sejak 27 tahun lalu

Kawalan TPA turut menyumbang kepada masalah

- Oleh Mohd Azis Ngah dan Suzalina Halid

Kuala Lumpur

Pditetapka­n kerajaan sejak 27 tahun lalu adalah di antara RM10 hingga RM35, tetapi TPA pula hanya membenarka­n klinik yang menerima pesakit kendalian mereka mengenakan caj di antara RM10 hingga RM15 sahaja. Monopoli ubat oleh syarikat tertentu dalam pasaran tempatan, juga menyukarka­n pemilik klinik persendiri­an mendapatka­n bekalan pada harga gudang.

TPA ‘aniaya’ doktor

Naib Presiden Pertubuhan Doktordokt­or Islam Malaysia (PERDIM), Dr Wan Julia Sham Ariffin, mendakwa kewujudan TPA menekan dan ‘menganiaya’ doktor klinik persendiri­an kerana pelbagai ketetapan dikenakan jika mahu menjadi panel kepada syarikat di bawah pengurusan TPA.

Beliau berkata, antara perkara dikawal TPA ialah penetapan caj perundinga­n yang rendah iaitu antara RM10 hingga RM15 bagi seorang pesakit, manakala caj prosedur di antara RM10 hingga RM50.

“Caj ini tidak masuk akal, sedangkan di hospital swasta bayaran bagi prosedur sama boleh mencecah di antara RM500 hingga RM3,000. Harga ubat dikenakan kepada pesakit juga dihadkan sehingga ada yang menyamai kos pembeliann­ya.

“Selain itu, TPA juga menuntut komisen di antara 10 hingga 25 peratus daripada caj dikenakan ke atas pesakit daripada syarikat panel mereka, selain klinik dikenakan deposit sebanyak RM1,000 hingga RM5,000,” katanya kepada BH.

Dr Wan Julia Sham berkata, ada klinik persendiri­an terpaksa menanggung kerugian sehingga ratusan ribu apabila ada TPA tidak mampu menyelesai­kan bayaran pesakit selepas syarikat itu gulung tikar kerana masalah yang dihadapi mereka.

Masalah aliran tunai

Beliau berkata, klinik juga berdepan masalah aliran tunai apabila tuntutan bayaran yang dibuat kepada TPA mengambil masa antara dua hingga enam bulan, kerana prosesnya yang menggunaka­n pelbagai sistem dalam talian hingga menyulitka­n proses tuntutan.

“Ada juga kes tuntutan bayaran yang diperoleh sepenuhnya atau dipotong oleh TPA dengan alasan pelanggan mereka belum membuat bayaran, ini memberi kesan negatif kepada aliran tunai klinik,” katanya.

Katanya, walaupun berdepan pelbagai isu dan kerenah TPA, ketika ini klinik persendiri­an tiada pilihan lain kerana memerlukan pesakit yang lebih ramai untuk terus bertahan demi kelangsung­an operasi masing-masing.

Beliau berkata, penggunaan khidmat TPA oleh banyak syarikat swasta juga mencetuska­n situasi kurang sihat apabila menyebabka­n monopoli di sesuatu kawasan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia