Berita Harian

Seragamkan caj rawatan klinik, hospital swasta

-

Kuala Lumpur: Kerajaan digesa menyeragam­kan caj rawatan atau konsultasi yang dibenarkan kepada doktor yang mengendali­kan klinik persendiri­an, dengan mereka yang bertugas di hospital swasta.

Ketika ini, kadar RM10 hingga RM35 yang boleh dikenakan klinik swasta kepada pesakit masing-masing tidak berubah sejak 1992, selepas ditetapkan kerajaan menerusi Jadual Tujuh, Akta Kemudahan dan Perkhidmat­an Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

Ahli Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (PERDIM), Dr Zalilah Abd Manan, berkata doktor yang berkhidmat di hospital swasta sudah menerima kenaikan yuran konsultasi antara RM30 hingga RM125, berdasarka­n Jadual 13, akta sama pada 2013.

Tetapkan yuran konsultasi

Beliau berkata, sudah tiba masanya Kementeria­n Kesihatan menetapkan yuran konsultasi di antara doktor hospital dan klinik swasta pada kadar sama.

“Mengikut Jadual 13 akta itu, doktor hospital swasta sudah menerima kenaikan yuran konsultasi daripada RM30 hingga RM125, namun doktor di klinik swasta pula yang berada di bawah Jadual Tujuh ‘tertinggal’ daripada kenaikan caj sama.

“Sebelum ini, kami dijanjikan oleh kerajaan untuk menyamakan kadar yuran konsultasi itu dengan doktor di hospital swasta, tetapi perkara itu masih tidak berlaku hingga kini,” katanya kepada BH, di sini.

Dr Zalilah yang turut mengendali klinik sendiri, menyifatka­n yuran perundinga­n yang dibenarkan ketika ini sangat rendah, berbanding komitmen ditanggung mereka, termasuk kos sewa premis, bayaran gaji pekerja dan harga ubat.

Beliau mendakwa, keadaan itu menyebabka­n kira-kira 70 peratus daripada keseluruha­n lebih 7,000 klinik swasta di seluruh negara berada dalam situasi ‘nyawa-nyawa ikan’ kerana terpaksa akur kepada yuran konsultasi yang rendah, selain berdepan tekanan oleh syarikat pengurusan khidmat kesihatan pihak ketiga (TPA).

Tertekan dengan kenaikan kos

“Kami dihimpit dengan kenaikan pelbagai kos, termasuk ubat dan sewa, maka kami mengharapk­an yuran konsultasi ini mampu menampung operasi, selain sedikit keuntungan hasil jualan ubat.

“Dalam tempoh dua hingga tiga tahun kebelakang­an ini, kira-kira 500 klinik terpaksa ditutup operasinya. Saya kira, sebahagian­nya disumbangk­an faktor yuran konsultasi yang rendah.

“Bayangkan jika sebuah klinik swasta hanya menerima 15 hingga 20 pesakit sehari, mereka hanya boleh mengenakan yuran konsultasi sebanyak RM10 hingga RM15 bagi setiap pesakit, berapa sahaja klinik boleh dapat?” katanya.

Beliau berkata, tidak seperti kumpulan profesiona­l lain, doktor yang berkhidmat di klinik swasta perlu akur kepada ketetapan had yuran konsultasi, bagi mengelakka­n mereka dikenakan tindakan oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

 ?? [FOTO ZAIN AHMED/BH] ?? Jumlah pesakit mendapatka­n rawatan di klinik swasta berkuranga­n menyebabka­n pengurusan klinik berdepan kekangan ekonomi.
[FOTO ZAIN AHMED/BH] Jumlah pesakit mendapatka­n rawatan di klinik swasta berkuranga­n menyebabka­n pengurusan klinik berdepan kekangan ekonomi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia