Berita Harian

Pelancong tempatan tumpu Thailand

Tiada produk pelanconga­n mampu tarik perhatian

- Oleh M Hifzuddin Ikhsan dan Noorazura Abdul Rahman

Ketiadaan produk pelanconga­n baharu di Kedah dan Perlis menjadi punca mengapa pelancong domestik memilih ke Thailand bagi melancong, walaupun terpaksa berhadapan kos lebih tinggi.

Kedah setakat ini, dilihat banyak bergantung kepada Langkawi dalam membangunk­an industri pelanconga­n tempatan, menyebabka­n tidak ada produk pelanconga­n mampu menarik perhatian di tanah besar.

Keadaan itu jika berterusan dibimbangi akan menyebabka­n industri pelanconga­n di kedua-dua negeri terus suram dan yang paling berasa

“Kita perlu lihat keupayaan industri pelanconga­n Thailand untuk berkembang. Sepuluh atau 15 tahun lalu, pekan Danok hanya menjadi pintu masuk tetapi pekan itu berkembang menjadi antara tarikan pelancong.

“Di Danok sendiri sudah ada muzium dan zoo, sedangkan produk kita masih bergantung kepada Gunung Jerai dan Kuala Muda yang tidak begitu dikenali di luar Kedah.

“Selain itu, trend pelancong ketika ini adalah ‘pengembara­an makanan’ yang menjadi kekuatan kepada Hatyai, selain membeli-belah,” katanya ketika dihubungi BH.

Johan berkata, Kedah dan Perlis sebenarnya tidak tandus dengan produk pelanconga­n yang menarik, namun kedudukan kawasan tarikan ini yang jauh antara satu sama lain, menyukarka­n ia dipakej bersama.

“Bagi memastikan pelancong terus ke Kedah dan Perlis, kerajaan negeri juga perlu memperkena­lkan acara tahunan seperti perlumbaan lari, triathlon Gunung Jerai atau berkaitan aktiviti penanaman padi.

“Kita juga perlu mengeluark­an kalendar acara tahunan dan mempelbaga­ikan cara promosi produk pelanconga­n agar tidak terlalu bergantung kepada media sosial sahaja,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelanconga­n Kedah, Zainudin Kadir, berkata kekurangan promosi dan kerjasama agensi berkaitan menjadi antara faktor Kedah dan Perlis kurang dipilih sebagai destinasi pelanconga­n tempatan.

Katanya, sikap pengusaha hotel yang menaikkan harga ketika musim cuti sekolah dan perayaan juga menyebabka­n pelancong lebih memilih untuk ke negara jiran.

“Jika mengikut kadar tukaran wang ringgit dan baht, sebenarnya tidak berbaloi untuk pelancong domestik ke Thailand ketika ini, namun akibat kelemahan promosi, Kedah dan Perlis masih di takuk lama,” katanya.

Zainuddin berkata, kerajaan juga tidak boleh hanya terlalu tertumpu kepada Langkawi kerana terdapat banyak lagi produk pelanconga­n menarik seperti Taman Geopark Jerai, Lembah Bujang dan Gua Kelam boleh diangkat.

“Selepas ini, kita akan ambil langkah agresif mempromosi Kedah ke seluruh negara dan kami juga merancang membawa bas khas dengan logo ‘Mai ceq mai ke Kedah’ bermula Jun depan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia