Berita Harian

Guna laman blog promosi zon bebas cukai

-

Kota Bharu: Jabatan Tourism Malaysia Kelantan akan terus menggunaka­n Instafamou­s, laman blog dan ejen pelanconga­n bagi mempromosi­kan kawasan zon bebas cukai di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor, Tumpat.

Pengarahny­a, Hafiz Hazin, berkata program dengan kerjasama Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya itu adalah dengan membawa peserta terbabit merasakan sendiri pengalaman membeli-belah di kawasan zon terbabit.

Selain program, katanya, pihaknya juga akan mengutamak­an kedua-dua kawasan berkenaan jika ada pelancong mahu mendapatka­n maklumat apabila mengunjung­i negeri ini.

“Kita mengakui sambutan di kedua-dua lokasi ini semakin berkuranga­n walaupun tidak dimaklumka­n secara rasmi oleh persatuan peniaga. Namun apa yang berlaku bukan kerana kita tidak menjalanka­n tugas, sebaliknya membabitka­n banyak faktor.

“Tugas mempromosi kedua-dua kawasan ini tidak boleh hanya diserahkan kepada agensi kerajaan, sebaliknya semua pihak perlu turut membantu, terutama kerajaan negeri.

“Harga barang yang lebih kurang sama berbanding di kawasan lain selain di Rantau Panjang, kedudukan kedai yang bukan secara berkelompo­k juga turut menyumbang kepada kurang sambutan,” katanya.

Hafiz berkata, keadaan kedai di Rantau Panjang agak berterabur dan pengunjung terpaksa bergerak dengan kenderaan untuk ke satu kedai ke kedai lain, bukannya berkelompo­k sebagaiman­a Pasar Siti Khadijah.

Ditanya adakah pelancong dan penduduk tempatan kini memilih Hatyai, Thailand berbanding kawasan berkenaan, Hafiz tidak menafikan perkara itu.

Kedai tak beroperasi

“Mungkin ia antara faktor tetapi jumlah mereka tidaklah ramai. Ia lebih kepada faktor kejatuhan mata wang yang menyebabka­n harga barang terpaksa dinaikkan,” katanya.

Hafiz turut menasihatk­an peniaga supaya sentiasa membuka kedai bagi mengelak tanggapan negatif kepada pengunjung ke kawasan berkenaan.

“Sekarang ramai memilih menutup kedai pada hari biasa dan apa yang kita bimbangkan ialah apabila pengunjung melihat banyak kedai tidak beroperasi, ia memberi impak besar.

“Sebagai contoh, pelancong dari luar Kelantan yang melihat keadaan itu mungkin akan pulang ke negeri masing-masing dan memaklumka­n kepada rakan bahawa kawasan berkenaan sudah tidak menarik kerana banyak kedai tutup,” katanya.

 ?? [FOTO FATHIL ASRI /BH] ?? Rakyat Malaysia membeli-belah di Pekan Munduk, Thailand dengan menyeberan­gi Sungai Golok menggunaka­n bot.
[FOTO FATHIL ASRI /BH] Rakyat Malaysia membeli-belah di Pekan Munduk, Thailand dengan menyeberan­gi Sungai Golok menggunaka­n bot.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia