Berita Harian

Warganet tolak kenyataan MAVCOM

74.4 peratus beri maklum balas dalam Facebook, Twitter kendalian BH Online

- Oleh Suzalina Halid

Kira-kira 74.4 peratus daripada lebih 10,000 warganet tidak bersetuju konon kadar tambang penerbanga­n bagi musim perayaan tahun ini 12 hingga 70 peratus lebih murah berbanding tahun lalu.

Keputusan itu diperoleh berdasarka­n kaji selidik dalam talian menerusi Facebook dan Twitter kendalian BH Online antara jam 9 malam kelmarin hingga jam 5 petang semalam.

Kaji selidik itu dibuat susulan kenyataan dibuat oleh Ketua Pegawai Operasi Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM), Azmir Zain, bahawa kadar tambang penerbanga­n bagi musim perayaan Jun tahun ini adalah 12 hingga 70 peratus lebih murah, berdasarka­n penelitian yang dibuat oleh suruhanjay­a itu bagi tempoh berkenaan.

Azmir dipetik berkata, secara keseluruha­n, pihaknya mendapati terdapat penurunan antara 12 peratus hingga 70 peratus dalam harga tambang penerbanga­n pada musim perayaan tahun ini, iaitu bagi Aidilfitri, Keamatan dan Gawai, manakala bagi sambutan Tahun Baharu Cina pula sebanyak 30 peratus.

Selain daripada membuat undian sama ada bersetuju atau tidak dengan cadangan itu, warganet turut meninggalk­an pelbagai pandangan dalam ruangan komen.

Dakwaan tiket murah disangkal

Warganet yang menggunaka­n nama Mahayuddin Dean, berkata tambang penerbanga­n dari Kuala Lumpur ke Sarawak dan Sabah didakwanya sangat mahal berbanding tiket penerbanga­n ke negara luar, termasuk Indonesia atau Thailand.

Komen ditinggalk­an Zai Acell pula mempertika­i sama ada harga paling minimum RM400 bagi tiket ke Sabah bagi semua syarikat penerbanga­n bermula Isnin ini adalah murah.

“Bermula 27 hari bulan ini, harga tiket pergi Sabah untuk semua penerbanga­n paling minimum ialah Rm400...itu murah ke? Sembang,” katanya.

Nayan Kambol berkata, harga tiket penerbanga­n itu mungkin murah bagi mereka yang bergaji puluhan ribu ringgit sebulan, namun bukan bagi pelajar yang dirasakan amat membebanka­n.

Brah Sabas pula berkata, tambang penerbanga­n sering menjadi mahal setiap kali musim perayaan sehingga menyukarka­n ahli keluarga ingin pulang ke kampung di Sabah dan Sarawak.

“Setiap perayaan mesti tambang mahal, lagi-lagi Johor ke Kota Kinabalu...cakap masa perayaan mengeratka­n silaturahi­m dengan sanaksauda­ra tetapi kalau tiket mahal .... ,” katanya.

Namun ada juga komen positif daripada Jnydh JB yang mengakui harga tiket penerbanga­n yang dibelinya bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar adalah RM29 yang disifatkan murah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia