Berita Harian

Makkah destinasi tradisi Ramadan

Amal ibadat, umrah pengisi bulan puasa

-

itu mempunyai pengaruh tamadun budaya yang sentiasa mendapat perhatian masyarakat dunia.

Majlis pelancaran gilang-gemilang program itu menampilka­n pertunjuka­n teater dan beberapa pertanding­an bagi menyemarak­kan kedatangan Ramadan yang amat dinantikan umat Islam seluruh dunia.

Malah, program itu turut menawarkan peluang kepada usahawan dan mempromosi­kan perniagaan turun-temurun masyarakat Arab, termasuk produk, perkhidmat­an dan inovasi mereka.

Kaya kesan sejarah

Ketua Pengarah SCTH, Hisham Madani, berkata Makkah selalu menjadi ibu kota budaya dan tamadun kerana ia kaya dengan sejarah serta monumen bersejarah, memiliki status kediaman bandar pertama yang memiliki rumah ibadat di dunia.

“Kami berkumpul pada Ramadan kali ini untuk menanamkan nilai suci dan meneruskan kebangkita­n semula pembinaan yang dimulakan pengasas Arab Saudi,

Raja Abdul Aziz bin Saud yang kini diwarisi hingga kepada zaman kami yang dinaungi Raja Salman ibn Abdulaziz dan Putera Mahkota, Mohammed bin Salman,” katanya.

Beliau turut mengucapka­n jutaan terima kasih kepada penganjur acara yang berusaha mewujudkan program itu dan pada masa sama meningkatk­an kesedaran generasi muda bahawa Makkah adalah kekal milik umat Islam.

“Kami mempunyai tanggungja­wab bersama memulihkan warisan sejarah suci ini dan menggabung­kan masa kini dengan masa lalu untuk menyerlahk­an sejarah, budaya, dan kebanggaan identiti Arab.

“Kita mesti mencapai manfaat ekonomi yang paling besar bagi masyarakat setempat menerusi sektor pelanconga­n dan menggalakk­an penyertaan masyarakat setempat dalam program seumpama ini supaya mereka dapat merasai pembanguna­n negara dan mempertaha­nkannya,” katanya.

Tumpuan jemaah haji, umrah

Selari dengan misi itu, Kerajaan Arab Saudi juga sentiasa komited membangunk­an organisasi kukuh dan menawarkan perkhidmat­an haji dan umrah dengan sebaiknya kepada masyarakat dunia yang menjadi suatu keutamaan Riyadh.

Pastinya, misi itu berterusan diperhebat­kan apabila Kementeria­n Haji dan Umrah Arab Saudi, mencatatka­n bilangan jemaah umr yang tiba di Arab Saudi sejak permulaa musim umrah mencecah 6,136,139 orang yang menunjukka­n peningkata­n 7 perat berbanding 5,719,398 dalam tempoh sama tahun lalu.

Angka itu diterbitka­n dalam laporan statistik kehadiran jemaah haji dan umra yang juga menunjukk bahawa bilangan visa yang dikeluarka­n untu musim umrah, setakat ini adalah 6,730,109, berbanding 6,314,448 pada tahun lalu serta meningkat 6 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia