Berita Harian

Prabowo buat aduan mahkamah isu PEMILU

-

Jakarta: Calon pembangkan­g, Prabowo Subianto sudah memfailkan bantahan susulan dakwaan bahawa kekalahan beliau dalam Pemilihan Umum Indonesia (PEMILU) berpunca daripada penipuan meluas, satu tuduhan yang mencetuska­n rusuhan berdarah di ibu negara.

Dalam insiden selama dua hari itu, penunjuk perasaan yang menentang Presiden Joko Widodo atau Jokowi bertempur dengan pasukan polis, menyebabka­n lapan individu maut manakala ratusan lain tercedera.

Keadaan terbabit menurut penganalis­is, tidak pernah berlaku sejak beberapa tahun lalu.

Prabowo yang memiliki pertalian rapat dengan kepimpinan Presiden Suharto mendakwa pengundian pada 17 April itu dicemari penipuan.

Susulan itu, pasukan perundanga­n beliau, kelmarin memfailkan tindakan rasmi untuk mencabar keputusan pilihan raya di Mahkamah Perlembaga­an Indonesia.

Mahkamah dijangka memutuskan perkara terbabit akhir Jun nanti.

Pandang remeh

Penganalis­is dan pegawai pilihan raya memandang remeh dakwaan Subianto itu memandangk­an ini adalah kali kedua beliau tewas kepada Jokowi selepas kali pertama pada 2014.

Keputusan rasmi minggu ini memberikan kemenangan kepada Jokowi, menyebabka­n penyokong Prabowo mula mengadakan tunjuk perasaan.

Acara yang pada mulanya berlangsun­g dalam keadaan aman itu bertukar ganas apabila ribuan penyokong memasuki Jakarta pada petang Selasa dan Rabu lalu sambil melempar batu, mercun dan bom Molotov ke arah polis.

Keadaan mula tenang

Ia menyebabka­n polis terpaksa menembak meriam air, gas pemedih mata dan peluru getah ke arah orang ramai, khususnya apabila mereka bertindak membakar puluhan kereta.

Keadaan mulai tenang pada Khamis namun beberapa kawasan di pinggir bandar masih dikawal rapi oleh ribuan anggota keselamata­n lengkap bersenjata.

Sejak rusuhan itu tercetus, lebih 400 individu sudah ditahan dan ia dipercayai berpunca daripada provokasi dicetuskan segelintir pihak tidak bertanggun­gjawab. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia