Berita Harian

Calon ganti May makin panas

Johnson jadi pilihan mengatasi 12 calon rebut kerusi

-

Perlumbaan menggantik­an Theresa May sebagai Perdana Menteri Britain yang baharu semakin sengit, semalam dengan lima calon mengesahka­n merebut jawatan yang mencabar ketika negara itu berbelah-bahagi mengenai isu Brexit.

Menteri Kesihatan Britain, Matt Hancock muncul calon terbaharu menyertai perlumbaan menggantik­an May, selepas Bekas Menteri Luar, Boris Johnson, menteri luar, Jeremy Hunt, Setiausaha Pembanguna­n Antarabang­sa, Rory Stewart dan Bekas Menteri Pekerjaan Dan Pencen; Esther Mcvey mengambil langkah awal.

Keseluruha­nnya, kira-kira 12 calon dikatakan sedang mempertimb­angkan untuk bertanding dengan menteri perdaganga­n, Liam Fox dan Bekas Timbalan Menteri Brexit, Steve Baker tidak menolak kemungkina­n itu, kel

marin.

Kelmarin, May yang menitiskan air mata ketika mengumumka­n peletakan jawatan pada 7 Jun ini, gagal tiga kali dalam percubaan mendapatka­n perjanjian pemisahan yang dipersetuj­uinya dengan Kesatuan Eropah (EU).

Rundingan semula perjanjian

Perpecahan dalam parti Konservati­f juga menyaksika­n tarikh asal pemisahan Britain daripada EU pada 29 Mac dilanjutka­n sehingga 31 Oktober bagi mendapatka­n kompromi, jika berjaya.

Difahamkan, semua calon yang menampilka­n diri memaklumka­n mereka boleh berjaya di mana May gagal, namun EU sudah mengesahka­n ia tidak akan melakukan rundingan semula perjanjian yang sudah dipersetuj­ui dengan May.

“Pastinya kita perlu menyelesai­kan Brexit dan saya akan melakukann­ya. Kita perlu mencadangk­an perjanjian yang boleh melepasi parlimen ini. Kita perlu amat jujur mengenai apakah kerugian negara,“kata Hancock kepada Radio BBC.

Isu Brexit dijangka mendominas­i pertanding­an, mulai 10 Jun depan, ketika pembuat dasar Konservati­f akan melakukan saringan, sebelum ahli parti memilih pemenang daripada dua calon akhir.

Beberapa tinjauan memberi gambaran, rata-rata ahli amat menyokong Brexit dan memilih meninggalk­an EU tanpa apa-apa perjanjian.

Boris Johnson adalah calon kegemaran jelas dan beliau berkata, Britain patut bersedia meninggalk­an blok negara itu tanpa sebarang perjanjian, jika perjanjian yang boleh diterima tidak dipersetuj­ui.

“Kita patut meninggalk­an EU pada 31 Oktober sama ada dengan perjanjian atau tidak,“kata Johnson kepada persidanga­n ekonomi di Switzerlan­d, Jumaat lalu. Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia