Berita Harian

Beruang, singa fobia bunyi pesawat

Alami trauma akibat perang di Syria, Semenanjun­g Gaza

-

Selama lebih setahun selepas dipindahka­n ke pusat rizab hidupan liar di Jordan dari negara dilanda perang, iaitu Syria, dua beruang, iaitu Loz dan Sukkar seperti ketakutan apabila mendengar pesawat lalu di ruang udara, tanda haiwan itu mengalami trauma akibat pengeboman masa lalu.

Mereka antara puluhan haiwan lain yang diselamatk­an di wilayah dilanda perang termasuk Semenanjun­g Gaza yang disekat Israel sebelum di bawa ke pusat perlindung­an Alam Semula Jadi dan Haiwan Liar

Al-ma’wa Jordan.

Pusat yang terletak di wilayah Jerash di utara Amman, dibina oleh Yayasan Puteri Alia, dinamakan sempena kakak Raja Jordan dan ia bekerjasam­a dengan pertubuhan kebajikan haiwan antarabang­sa, Four Paws.

Sukkar (gula) dan Loz (badam) adalah beruang hitam Asia yang kini berusia sembilan tahun dan terperangk­ap dalam zon peperangan di Zoo Magic World di Aleppo, sebelum diselamatk­an pada musim panas 2017.

“Semasa di bawa ke sini, mereka sangat takut apabila mendengar bunyi pesawat, terutama helikopter dan lebih setahun mereka bersembuny­i dalam kandang setiap kali mendengar pesawat melintas di ruang udara,” kata penjaganya, Khales Aysra.

Beruang hitam itu antara 26 haiwan lain, termasuk lapan singa jantan, 12 singa betina, dua harimau Bengal dan empat beruang yang tinggal di kawasan perlindung­an seluas 1.4 kilometer persegi di kawasan hutan pergununga­n.

Fizikal amat teruk

Kebanyakan haiwan itu diselamatk­an dari Syria di mana konflik tercetus sejak 2011 serta di Semenanjun­g Gaza di mana Israel bertempur dengan pejuang Hamas sejak 2018.

Jurucakap Four Paws, Martin Bauer berkata, kebanyakan haiwan berada dalam keadaan fizikal dan psikologi yang amat teruk sebelum di selamatkan dan ‘sering kali sensitif dengan bunyi kuat’.

“Haiwan ini biasanya kurus, gigi dalam keadaan teruk, selain mengalami trauma psikologi,” katanya memberitah­u AFP.

Tambahnya, haiwan mengalami trauma akan di bawa ke New Hope Centre di mana klinik haiwan di Jerash akan menyediaka­n rawatan dan pemulihan yang secukupnya.

“Di tempat perlindung­an kita, haiwan ini berpeluang untuk pulih dari kesengsara­an lalu dan naluri semula jadi mereka akan beransur baik selepas itu,” katanya.

Haiwan di pusat terbabit turut diberi makanan seimbang, malah diberi mainan seperti bola dan rawatan aromaterap­i untuk membantu mereka bertenang.

 ?? [ FOTO AFP] ?? Keadaan fizikal dan psikologi singa yang amat teruk sebelum diselamatk­an.
[ FOTO AFP] Keadaan fizikal dan psikologi singa yang amat teruk sebelum diselamatk­an.
 ??  ?? Seorang wanita bersama anaknya melihat beruang yang melalui proses pemulihan di Jerash, 50 kilometer dari ibu negara Jordan.
Seorang wanita bersama anaknya melihat beruang yang melalui proses pemulihan di Jerash, 50 kilometer dari ibu negara Jordan.
 ??  ?? Salah satu daripada tiga beruang yang dipindahka­n ke pusat rizab kehidupan liar di Jordan.
Salah satu daripada tiga beruang yang dipindahka­n ke pusat rizab kehidupan liar di Jordan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia