Berita Harian

Presiden tidak mahu Jakarta tanggung beban

-

hanya terhad kepada kepadatan melampau penduduk, Jakarta juga berdepan pelbagai komplikasi lain seperti pencemaran dan kesesakan luar biasa lalu lintas malah faktor geografi yang menjadikan ia semakin ditenggela­mi air adalah antara penyebab cadangan ini timbul.

Justeru apabila Jokowi kembali menyuaraka­n idea seumpama itu, ia bukan sesuatu yang mengejutka­n ramai malah sudah dijangka kerana selepas disuarakan Presiden Sukarno pada 1957, ia sudah beberapa kali ditimbulka­n presiden lain.

Jika perancanga­n itu menjadi kenyataan, Indonesia bakal menyusul negara lain yang terlebih dahulu mengambil pendekatan serupa seperti Nigeria, Brazil, Myanmar dan Australia, manakala Mesir pula dilaporkan sedang membina ibu negara baharu di padang pasir bagi menggantik­an Kaherah.

Namun begitu, ramai menyangka perancanga­n Jokowi itu sesuatu yang serius apa lagi apabila ia kerap kali ditimbulka­n.

Pada satu mesyuarat kabinet, beberapa hari selepas Jakarta dilanda banjir besar, menteri perancanga­n Indonesia, Bambang Brodjonego­ro berkata presiden memutuskan untuk memindahka­n ibu negara namun tidak memberikan sebarang perincian lanjut.

Jokowi dalam satu hantaran di Instagram meletakkan foto pemandanga­n Jakarta dan mempersoal­kan apakah bandaraya itu masih perlu menanggung beban sebagai hab pengurusan serta ekonomi Indonesia.

Jakarta yang menjadi kediaman kepada 10 juta penduduk mengalami hakisan melampau sejak berdekad lamanya malah bahagian utara bandaraya itu tenggelam sedalam 2.5 meter sejak 10 tahun lalu dan kajian mendapati, beberapa kawasan boleh ditenggela­mi air keseluruha­n menjelang 2050.

Umum perlu mengetahui bahawa separuh daripada isi bandaraya itu kini berada di bawah paras laut, menyebabka­n banjir adalah sesuatu yang lumrah apatah lagi apabila dilatari aliran dari 13 batang sungai.

Kalimantan ibu negara baharu?

Pemilihan ibu negara baharu Indonesia perlu mengambil kira faktor geografi dan antara dicadangka­n Balik papar termasuk Palangkara­ya di Kalimantan Tengan dan Makasar di Sulawesi Selatan.

Pemilihan lokasi baharu itu nanti akan ditentukan untuk mengurangk­an risiko dari bencana alam atau setidak-tidaknya memiliki risiko paling minimum.

Sama ada Kalimantan Timur atau Sulawesi Selatan, kedua-duanya memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing namun tetap dilihat lebih baik berbanding banda raya lain.

 ??  ?? Jakarta sudah sesak dan makin tengelam.
Jakarta sudah sesak dan makin tengelam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia