Berita Harian

Kot hijau pilihan Ratu Elizabeth

Rai ulang tahun perkahwina­n Putera Harry, Meghan

-

Ratu Elizabeth berkenan memberi penghormat­an kepada pasangan Duke dan Duchess of Sussex sempena ulang tahun perkahwina­n pertama mereka, minggu lalu.

Mungkin secara kebetulan atau tidak, monarki wanita itu memakai kot hijau terang dan baju bercorak bunga yang dipakainya ketika menghadiri perkahwina­n diraja, tahun lalu.

Senario sama itu dapat dilihat pada sambutan ulang tahun itu yang diadakan ketika pertunjuka­n Chelsea Flower Garden pada 19 Mei lalu.

Kedua-dua kot dan pakaian itu adalah hasil rekaan Stewart Parvin dan memandangk­an baginda adalah penaung ‘Royal Horticultu­ral Society’, baginda akan menghadiri pameran flora itu setiap tahun.

Bagaimanap­un, kunjungan baginda pada 2019 lebih istimewa kerana ia adalah projek menantu cucu baginda, Kate Middleton.

Kongsi gambar

Sebagai meraikan ulang tahun perkahwina­n pertama mereka, Putera Nama penuh: Elizabeth Alexandra Mary Windsor

Tarikh pertabalan: 2 Jun 1953

Tarikh lahir: 21 April 1926

Usia: 93 tahun

Suami: Putera Philip, Duke of Edinburgh (kahwin 1947) Harry dan Meghan berkongsi beberapa gambar perkahwina­n mereka yang tidak pernah dilihat sebelum ini di laman rasmi akaun media sosial Instagram Sussex Royal.

Gambar itu adalah sebahagian daripada montaj video, termasuk gambar Meghan ketika bersama ibunya, Doria pada pagi hari perkahwina­n mereka dan gambar menarik Meghan dan Harry bersama pengiring kanak-kanak, termasuk, Putera George dan Puteri Charlotte. Pasangan diraja itu memilih lagu

sebagai muzik latar video itu. Bersama video itu tulisan entri ‘Selamat ulang tahun perkahwina­n pertama kepada Duke dan Duchess of Sussex!’

Kedua pasangan diraja itu saling bertukar ikrar perkahwina­n di Gereja St George di pekarangan Istana Windsor pada 19 Mei 2018. Agensi

 ??  ?? Ratu Elizabeth memakai pakaian sama ketika majlis ulang tahun perkahwina­n Harry dan Meghan, minggu lalu.
Ratu Elizabeth memakai pakaian sama ketika majlis ulang tahun perkahwina­n Harry dan Meghan, minggu lalu.
 ??  ?? Ratu Elizabeth dan anggota kerabat diraja yang lain pada majlis perkahwina­n Harry dan Meghan, tahun lalu.
Ratu Elizabeth dan anggota kerabat diraja yang lain pada majlis perkahwina­n Harry dan Meghan, tahun lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia