Berita Harian

‘Saya jadi mangsa deraan bekas isteri’

-

Los Angeles: Bintang Hollywood, Johnny Depp menafikan dakwaan bahawa beliau mendera bekas isterinya, Amber Heard secara fizikal, sebaliknya menuduh aktres berkenaan yang mendera dirinya ketika masih bersama.

Dalam dokumen mahkamah yang baru difailkan Depp membabitka­n saman fitnah berjumlah AS$50 juta (RM209 juta) terhadapny­a, Depp menuduh Heard mempunyai kesan lebam yang dilukis.

“Saya dengan sekeras-kerasnya menafikan semua tuduhan Heard sejak pertama kali dia melaporkan­nya pada Mei 2016,” katanya.

Peguam yang mewakili Heard menafikan tuduhan terhadap anak guamnya itu.

Depp membuka kes saman fitnah terhadap Heard selepas aktres terbabit menyifatka­n dirinya sebagai mangsa penderaan domestik dalam satu kolum di Washington Post pada Disember lalu.

Aktres itu kemudian meminta hakim di Virginia untuk menolak tuntutan undang-undang terbabit, memaksa Depp memfailkan tuntutan baharu.

Nafi dakwaan

“Saya sudah menafikan sekerasker­asnya dakwaan Heard sejak Mei 2016 lagi, sebaik dia ke mahkamah untuk mendapatka­n perintah sekatan sementara dengan kesan lebam yang dicat. Saksi dan gambar rakaman kamera litar tertutup menunjukka­n kesan itu tiada pada hari-hari berikutnya.

“Saya akan terus menafikan dakwaan itu sepanjang hayat saya. Saya tidak pernah mendera Heard atau mana-mana wanita lain. Dia pelaku yang sebenarnya dan saya adalah mangsa.”

“Ketika mencampurk­an amphetamin­es yang dibenarkan doktor dan ubat-ubatan bukan preskripsi dengan alkohol, Heard kerap melakukan keganasan rumah tangga terhadap saya, selalunya di hadapan saksi pihak ketiga, yang kadangkala menyebabka­n kemudarata­n kepada fizikal saya.”

Dalam satu kenyataan kepada majalah People, peguam Heard, Eric George berkata: “Bukti dalam kes ini adalah jelas, Johnny Depp berulang kali memukul Amber Heard.

Agensi

 ??  ?? Johnny Depp, Pelakon
Johnny Depp, Pelakon

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia