Berita Harian

30,000 manfaat nikmat iftar

-

ledakan meriam yang kuat daripada pasukan tentera menandakan masuk waktu berbuka puasa dan solat Maghrib yang diamalkan di Masjid Agung Sheikh Zayed, di Abu Dhabi, iaitu masjid terbesar di Emiriah Arab Bersatu (UAE), adalah suasana sinonim di sana.

Masjid Agong Sheikh Zayed bukan sahaja antara antara masjid tercantik di dunia selepas Masjidilha­ram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah, malah setiap tahun masjid itu menjadi tumpuan dunia khususnya pelancong sepanjang Ramadan.

Menariknya, setiap malam masjid itu juga menjadi ‘tuan rumah’ majlis iftar terbesar dengan kira-kira 30,000 umat Islam menikmati juadah berbuka di situ.

Menu tradisi iftar di masjid itu merangkumi kurma dan minuman yogurt atau laban serta makanan berkhasiat seimbang bertujuan mengembali­kan tenaga selepas seharian menahan lapar dan dahaga.

Bagi memenuhi keperluan terbabit, setiap hari masjid itu menyediaka­n masing-masing 10 tan berat dan sayur-sayuran serta tujuh tan sayur-sayuran untuk program berkenaan yang dirancang enam bulan sebelum Ramadan.

Seramai 400 cef dan

500 kakitangan khas bertugas menyediaka­n juadah itu setiap malam.

Jadi tumpuan pelancong

Ketua Pegawai Eksekutif, Pegawai Angkatan Tentera Club & Hotel iaitu syarikat perhotelan membekalka­n makanan di Masjidil Haram, Shaikha Al Kaabi, berkata pihaknya diberi peluang menganjurk­an program itu.

Katanya, peluang itu adalah pengiktira­fan besar kepada syarikatny­a untuk membolehka­n lebih ramai umat Islam di kawasan setempat berpeluang menikmati juadah berbuka.

“Idea ini bermula sejak 15 tahun lalu dan menjadi semakin baik dengan sambutan menggalakk­an setiap tahun sehingga masjid itu menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia untuk menikmati juadah berbuka di sini, setiap tahun.

“Kunjungan masyarakat dunia di sini juga sering dinanti-nantikan oleh penduduk setempat yang begitu gembira menerima kehadiran pengunjung ke sini. Sesuatu yang menggembir­akan melihat umat Islam tanpa mengira latar belakang berbuka puasa bersama-sama,” katanya.

500 sukarelawa­n bertugas

Seramai 500 sukarelawa­n pelbagai organisasi amal bergabung tenaga menghidang­kan makanan dan membantu orang ramai mengambil tempat duduk di kawasan khas di sekitar masjid.

Berbuka puasa adalah waktu orang ramai bersatu semula dengan rakan senegara yang berhijrah ke Abu Dhabi bagi mencari rezeki.

Bagi penduduk Mesir, Kamal Naeem, 33, berkata beliau akan menghadiri ‘perhimpuna­n’ iftar di masjid berkenaan bagi tahun ketiga.

“Saya datang ke Masjid Agong Sheikh Zayed ketika Ramadan, rasanya seperti di negara sendiri kerana di sini ramai kenalan dari negara asal ditemui di sini. Kami raikan iftar dalam suasana kekeluarga­an.

“Malah pertemuan kami bukan setakat ketika iftar, ada kalanya bertemu kembali ketika bersahur di masjid ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia