Berita Harian

Jakarta tumpuan warga Malaysia

Tekstil bermutu Thamrin City pilihan menjelang Aidilfitri

- Oleh Zubir Mohd Yunus

Mzubir_yunus@bh.com.my

alaysia berbangga dengan Menara Berkembar PETRONAS atau KLCC sebagai ikon pelanconga­n, Singapura pula dengan patung singa atau Merlion.

Jakarta Indonesia begitu sinonim dengan binaan Monumen Selamat Datang atau lebih popular Bundaran Hotel Indonesia (Bundaran

HI) dan Tugu Monumen Nasional (Monas) sangat terkenal dalam kalangan pengunjung ke republik berkenaan.

Justeru, menjelang lebaran yang bakal kunjung tiba kira-kira seminggu lebih sahaja lagi, kota kosmopolit­an seperti Jakarta pasti menjadi tumpuan warga Malaysia berbelanja sebagai persiapan Aidilfitri.

Gedung beli-belah di republik berkenaan dicanang menawarkan lebih banyak pilihan tekstil bermutu tinggi, selain harganya jauh lebih murah sekiranya anda bijak menawar.

Sebelum menjejakka­n kaki ke destinasi pelanconga­n dan tekstil popular, iaitu Tanah Abang, terutama sekitar Jalan Kebon Kacang Raya di Jakarta Pusat, pengunjung pasti melewati Monumen Selamat Datang, iaitu bulatan atau monumen dikenali Bundaran Hotel Indonesia, ringkasnya Bundaran HI.

Rumah kedua pelancong

Pelancong yang sudah menganggap Jakarta sebagai ‘rumah kedua’, kunjungan ke republik berkenaan adalah untuk dua tujuan sahaja, iaitu membeli-belah dan menikmati masakan padang. Disebabkan kesesakan lalulintas di Jakarta begitu ‘parah’, pengunjung selesa berbelanja dan ke restoran masakan padang dengan berjalan kaki sahaja.

Penginapan paling popular dalam kalangan warga Malaysia adalah Ascott Jakarta terletak di Jalan Kebon Kacang Raya No 2, daerah Jakarta Pusat. Servis apartmen berkenaan hanya terletak bersebelah­an Thamrin City yang menjadi tumpuan warga Malaysia membeli-belah menjelangn­ya Aidilfitri, manakala di hadapan premis penginapan itu ialah Restoran Sederhana Masakan Padang.

Kementeria­n Pariwisata (Pelanconga­n) Indonesia atau Kemenpar, dalam kenyataann­ya menjelaska­n bahawa Thamrin City adalah pusat busana Muslim dan batik terbesar di Jakarta serta sebilangan besar pengunjung­nya adalah rakyat Malaysia.

Menjelang Syawal, pertambaha­n warga Malaysia begitu ketara. Justeru, Kemenpar bekerjasam­a dengan Airasia Berhad menggalakk­an pelanconga­n ke Jakarta.

Warga Malaysia, Nor Iz Hayza Mohd Zam, 39, yang sering ke Jakarta membeli-belah menjelangn­ya Syawal, menjelaska­n bahawa Thamrin City pasti memenuhi pilihan kaum ibu untuk berbelanja kerana banyak pilihan, tambahan pula, gedung tekstil berkenaan dan restoran masakan padang hanya berjalan kaki sahaja dari servis apartmen, baginya yang penting tidak perlu berdepan kesesakan lalu-lintas.

 ??  ?? Lebih 60 peratus pengunjung Thamrin City dari Malaysia. Foto Zubir Mohd Yunus
Lebih 60 peratus pengunjung Thamrin City dari Malaysia. Foto Zubir Mohd Yunus
 ??  ?? Pesona Bundaran HI menjelang senja.
Pesona Bundaran HI menjelang senja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia