Berita Harian

Sajian bufet Nostalgia Nipah

- Oleh Zubir Mohd Yunus

zubir_yunus@bh.com.my

Premis penginapan lima bintang diberi penjenamaa­n semula, namun sajian popular yang pernah menjadi sebutan dalam kalangan ‘kaki makan’ tetap sama, rasa dan keenakanny­a tidak pernah berubah.

Justeru, EQ Equatorial Plaza terletak di kawasan segi tiga emas, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur adalah nama baharu Hotel Equatorial Kuala Lumpur, suatu ketika dulu popular dengan sajian laksa kari.

Selain laksa kari yang menjadi pilihan dalam kalangan penggemarn­ya sejak lebih tiga dekad lalu, premis penginapan serba mewah itu turut mengekalka­n sajian istimewany­a, iaitu mi kari resipi turun-temurun daripada perintis ketua tukang masak hotel berkenaan sejak 1980-an apabila menggunaka­n isi udang harimau bersama rempah-ratus asli sebagai pes dan ramuan utama.

Justeru, sempena penjenamaa­n semula hotel berkenaan dan keberkatan Ramadan masih berbaki kira-kira seminggu lagi, premis penginapan yang menjadi pilihan dalam kalangan pengembara perniagaan dan keluarga ini menampilka­n bufet Ramadan dikenali Nostalgia Nipah dalam usaha mengimbau kembali keenakan sajian pernah dihidangka­n oleh Restoran Nipah suatu ketika dahulu.

Sajian gamit memori

Pengurus Besarnya, Robert Lagerwey, berkata mereka mengekalka­n menu istimewa turun-temurun, iaitu laksa kari dan mi kari dalam sajian Nostalgia Nipah dalam usaha mengembali­kan memori dalam kalangan penggemarn­ya yang pernah merasai kelazatan hidangan berkenaan suatu ketika dahulu dan dalam masa sama memberi peluang kepada generasi baharu menikmati keenakan sama.

“Kami turut menawarkan masakan istimewa dari seluruh Malaysia dengan layanan terbaik sebagai teras perkhidmat­an, sejajar dengan penjenamaa­n semula, namun tetap mengekalka­n keenakan makanan yang mencermink­an identiti dan budaya Melayu, terutama dalam sajian ketika berbuka puasa.

“Diharap promosi Nostalgia Nipah akan mencapai sasarannya,” katanya.

 ??  ?? Foto Aswadi Alias Sajian popular promosi Nostalgia Nipah.
Foto Aswadi Alias Sajian popular promosi Nostalgia Nipah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia