Berita Harian

Makhluk Berbulu Hitam di Bukit Malawati

-

Matahari pada tengah hari sudah tinggi terpacak tinggi atas kepala. Panas terik sudah terasa seperti baru menyinggah di bulu roma. Apa lagi difikirkan kalau dapat minum sirap limau ais.

Rasa penat mungkin hilang tapi apakan daya Amran masih lagi di kaki Bukit Malawati. Belum naik lagi pun. Sekarang Amran sedang menunggu kenderaan untuk ke atas puncak. Kata pemandu pelancong di sana, tinggi juga puncak itu.

Tidak berapa lama selepas menanti sebuah kenderaan khas muncul. Semua pengunjung berpusu-pusu

menaiki kenderaan itu. Manakala Amran memandang ke kiri ke kanan lantas menggagahi naik juga. Dia mahu naik dengan harapan dapat bertemu dengan apa yang diceritaka­n oleh orang. Takut tapi mahu melihat sendiri dengan mata kepala. Dalam kepala otaknya, dia hanya mahu melihat. Dia tidak percaya kepada cakapcakap kosong dari orang kebanyakan. Malahan dia sendiri tidak percaya pada cerita karut marut, tahyul dan seumpamany­a.

Tiba di puncak, Amran turun dari kenderaan khas itu. Kakinya sudah melabuh ke bumi sambil tangannya sempat berpaut kepada pemegang kenderaan tersebut. Amran membawa anak mata ke arah bangunan lama. Matanya merakamkan sebuah bangunan usang. Pada perkiraann­ya ia bangunan yang usang namun tetap dijaga di sana ada ahli sejarah yang menjaga. Walaupun bangunan yang dilihatnya itu usang. Namun, ia masih lagi menarik kerana seni binanya sangat unik. Ukiran-ukiran halus di dinding sangat memukau kepada mata yang memandang.

Masa itu, suasana di puncak tenang sekali. Kelihatan burung-burung warna putih sedang terbang betul-betul di puncak bukit. Kadang kala burung-burung itu ibarat seperti penjaga yang sentiasa memerhati dari langit. Gumpalan awan bergerak perlahan melalui kawasan perbukitan itu.

Angin tenang terus menyapa kepada sesiapa sahaja tetamu yang hadir. Amran tidak peduli sangat tentang cerita-cerita mitos. Dia terus melangkah. Terdapat tembok meriam lama di sana.

Amran kembali fokus untuk memasuki bangunan usang tersebut. Dia melangkah lagi. Perasaan takut mula menyelubun­gi jiwa. Takut tapi mahu. Begitulah yang dirasainya. Kata orang ada misteri yang tersembuny­i atas Bukit Malawati. Entah betul atau tidak.

Namun, cerita-cerita tahyul mudah sampai walaupun dari mulut ke mulut. Tidak dinafikan masyarakat kita masih lagi kuat terhadap kepercayaa­n walaupun sudah tinggal di bandar.

Amran teringat katakata atuknya, “Jangan kamu pergi ke bukit tu, bahaya!“Namun, kedegilann­ya mengatasi kehendakny­a. Dia mahu juga pergi. Dia sebenarnya mahu melihat dengan mata kepalanya sendiri.

“Tidak apa, atuk... Amran kan dah besar

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia