Berita Harian

Islam sinari suku Temiar di Pos Tuel

Perubahan cara hidup rakan, jiran tarik hati dua beranak ucap syahadah

- Oleh Halina Mohd Noor

Mengambil keberkatan sempena Ramadan dua beranak Orang Asli, suku Temiar, dari Kampung Pos Tuel, dekat sini mengambil keputusan memeluk Islam selepas tertarik dengan keindahan dan kesyumulan agama Allah.

Amik Amkin, 80, dan anak perempuann­ya, Simah Aluj, 26, mengucapka­n kalimah suci itu di Masjid Kampung Pos Tuel, baru-baru ini.

Berasal dari Kampung Tapai yang terletak kira-kira 20 kilometer (km) dari Kampung Pos Tuel, kedua-dua wanita itu tertarik dengan Islam selepas melihat perubahan cara hidup jiran sekampung yang sudah memeluk agama suci itu.

Simah yang sebelum ini tidak mempunyai sebarang agama berkata, beliau sering melihat bagaimana rakan sebayanya mengerjaka­n solat, belajar mengaji dan berpuasa serta menyambut lebaran dalam suasana harmoni.

“Saya seronok melihat mereka selalu ke masjid ini untuk belajar mengaji, sedangkan saya hanya tinggal di rumah mengasuh anak yang berusia enam tahun.

“Saya juga tidak sabar berpuasa esok dan menyambut hari raya, walaupun kelihatan agak sukar, saya akan cuba sedaya upaya untuk menahan

lapar dan dahaga,” katanya yang ditemui sejurus selepas mengucapka­n syahadah, di sini, barubaru ini.

Beliau ditemui ketika program Ziarah dan Dakwah Masjid Saidina Abu Bakar Al Sidiq (MSABA), Bangsar yang diketuai Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa MSABA Pos Tuel (Dakwah dan Pembanguna­n Orang Asli), Lar Fauzi Abu Bakar.

Program itu turut disertai oleh Masjid Salak Tinggi dan Malaysian Relief Agency (MRA) Perak dan lebih 60 sukarelawa­n dari Universiti Malaya dan Universiti Kuala Lumpur, Perak.

Sebak selepas memeluk Islam

Simah mengakui hatinya sebak sebaik sahaja melafazkan kalimah suci itu, tetapi pada masa sama, jiwanya terasa begitu tenang dan tenteram.

Ibu kepada seorang anak ini mengakui sebelum ini seakan ada kelompanga­n dalam jiwanya yang sukar diterjemah­kan dengan perkataan tetapi kini ia terisi selepas memeluk agama itu.

Sementara itu, Amik, berkata hatinya terdetik untuk memeluk Islam secara tiba-tiba walaupun tidak pernah terfikir untuk melakukann­ya sebelum ini.

“Hati saya bagai dipanggil untuk memeluk Islam selepas melihat ukhuwah penganutny­a dan hajat saya itu ditunaikan pada Ramadan yang mulia ini.

“Keinginan itu saya luahkan kepada Simah dan syukur kerana dia turut menyatakan hasrat yang sama,” katanya yang kurang fasih berbahasa Melayu.

Amik berkata, beliau akan pergi ke masjid di Kampung Pos Tuel ini bersama rakan sekampung untuk mendalami agama yang baru dianuti itu walaupun jaraknya dengan Kampung Tapai agak jauh.

Wakil penduduk Kampung Pos Tuel, Angah Ahmad, 49, berkata beliau bersama 10 penduduk situ memeluk Islam pada 17 Julai, 1997.

“Kami memeluk Islam secara rela dan tiada sesiapa memaksa, selepas menganut agama ini saya memang mengakui terdapat perbezaan dari segi akhlak dan sosial.

“Penduduk di kampung berhampira­n seperti Pleuk, Kerbuk, Ber, Hendrop dan Hanir turut mengucap kalimah syahadah,” katanya.

Sementara itu, Lar Fauzi berkata, program itu adalah acara tahunan dan pada masa akan datang, pihaknya bercadang membantu membangunk­an golongan itu dalam aspek sosial ekonomi termasuk projek tanaman berkelompo­k, selain memohon bantuan kerajaan untuk memasang pagar elektrik bagi menghindar­kan serangan haiwan buas seperti babi hutan.

 ?? [FOTO ROSELA ISMAIL /BH] ?? Penduduk memilih pakaian didermakan orang ramai.
[FOTO ROSELA ISMAIL /BH] Penduduk memilih pakaian didermakan orang ramai.
 ??  ?? Simah dan ibunya mengucapka­n syahadah pada program Ziarah dan Dakwah Masjid Saidina Abu Bakar Al Sidiq di Pos Tuel, Gua Musang.
Simah dan ibunya mengucapka­n syahadah pada program Ziarah dan Dakwah Masjid Saidina Abu Bakar Al Sidiq di Pos Tuel, Gua Musang.
 ??  ?? Agihan zakat kepada Orang Asli di Pos Tuel, Gua Musang.
Agihan zakat kepada Orang Asli di Pos Tuel, Gua Musang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia