Berita Harian

Bekas majistret kongsi pengalaman sebagai banduan

Mohd Firdaus kini bergiat aktif sebagai penceramah bebas kongsi pengalaman pahit

- Oleh Suzalina Halid

Hanya kerana rasuah RM3,000, kehidupan seorang bekas majistret di sini, musnah apabila beliau ditahan pihak berkuasa sebelum dihukum penjara tiga tahun pada 2012, atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan dalam kejadian di Machang, Kelantan.

Mohd Firdaus Ramlan, 37, yang ditahan pada 2009 atas dua tuduhan rasuah itu tidak pernah membayangk­an bakal menjalani kehidupan di balik tirai besi bersama banduan lain, kerana berasakan masa depannya amat cerah dan mempunyai kerjaya yang dipandang tinggi oleh masyarakat.

Namun, akui bapa kepada tiga anak itu, kerana kekurangan jati diri selain perasaan ego dan ketagih berikutan seronok memperoleh ‘pendapatan tambahan’ selama tiga tahun, Mohd Firdaus akhirnya mendapat pengajaran terbesar dalam hidupnya selepas ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mohd Firdaus berkata, episod hitam dalam hidupnya itu bagaimanap­un sama sekali tidak mematahkan semangat, sebaliknya dijadikan sandaran untuknya bergerak aktif sebagai penceramah bebas, dengan menyampaik­an mesej berhubung rasuah selepas dibebaskan pada Mei 2014.

Kesilapan sendiri

“Tidak pernah saya bayangkan kehidupan yang sebelum ini sangat lengkap kerana mempunyai kerjaya yang stabil dan keluarga, diragut sekelip mata kerana kesilapan sendiri.

“Saya dahulu adalah pelajar sekolah menengah agama dan sudah diterapkan dengan nilai murni, namun apabila sudah memegang jawatan, semua itu hilang kerana saya mengkormes­ialkan jawatan untuk mendapatka­n hasil (rasuah).

“Apabila saya dibawa ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman, fikiran saya menjadi kosong. Saya

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia