Berita Harian

Rahsia identiti kekasih

Ruhainies tak rela pujaan hati jadi mangsa serangan warganet

- Oleh Hanisah Selamat

Bunga-bunga cinta terus mewarnai kehidupan pelakon jelita, Ruhainies, yang semakin intim dengan kekasihnya, Mr E.

Walau pernah berkongsi kelibat si dia di laman Instagram, awal perkenalan dulu, hingga sekarang aktres terbabit mengakui lebih selesa ‘menyorokka­n’ identiti pujaan hatinya itu.

Bagi Ruhainies, belum tiba masanya lelaki yang bermastaut­in di London, United Kingdom (UK), itu didedahkan kepada umum bagi mengelakka­n dirinya menjadi mangsa serangan warganet.

“Selagi belum ada ikatan sah antara kami, lebih baik saya merahsiaka­n identiti mahu pun wajah si dia di laman sosial.

“Saya mempunyai sebab sendiri sehingga terpaksa menutup mukanya di Instagram dan dia pun faham alasan saya berbuat begitu.

“Rasanya, lebih baik saya tutup muka supaya tiada ‘mulut-mulut jahat’ menyerang atau bercakap buruk mengenainy­a kerana mereka tidak tahu siapa dia.

“Andai si dia sudah sah menjadi suami nanti, saya tidak boleh berbuat apa-apa kalau orang masih mahu bercakap buruk mengenai dirinya,” katanya.

Tutup wajah buah hati

Sebelum ini, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 27, mendedahka­n hatinya sudah dimiliki seorang jejaka Melayu menetap di London yang cuma diperkenal­kan sebagai Mr E.

Kisah cinta mereka terus mencuri perhatian ramai walaupun jarak memisahkan kerana Ruhainies gemar berkongsi detik indahnya di ruang maya.

Walaupun kerap memuat naik gambar bersama, artis yang dikatakan memiliki rupa seiras Nora Danish ini tidak menonjolka­n wajah si buah hati, malah menutup muka pemuda itu.

Kahwin di London

Sementara itu, topik hangat yang diperkatak­an ramai adalah ketika dia bercuti bersama keluargany­a di London pada September tahun lalu.

Antaranya, video yang memaparkan dirinya menerima cincin

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia