Berita Harian

‘Seluruh duniaku hancur berderai’

Isteri dakwa Ammar Alfian curang ketika diri hamil enam bulan

- Oleh Farhana Ab Rahman

Belum reda kontrovers­i artis sensasi, Aliff Aziz, yang didakwa berlaku curang terhadap Bella Astillah diperkatak­an, sehingga mahligai mereka berkecai, baru-baru ini, dunia hiburan tempatan digemparka­n pula dengan kemelut lebih kurang sama dialami rumah tangga pelakon, Ammar Alfian dan Nelissa Nezam.

Selepas kira-kira tiga tahun melayari kehidupan bersama-sama sebagai suami isteri, pada 20 Mei lalu wanita terbabit mendakwa bintang Paskal itu curang terhadapny­a ketika dia sedang hamil enam bulan.

Nelissa membuat dakwaan berkenaan menerusi laman sosialnya, yang disertakan dengan gambar alat ujian kehamilan dan tanda pagar #singlemoth­er (ibu tunggal).

Kisah isteri yang sedang mengandung dicurangi tentu sahaja cepat menangkap perhatian masyarakat dan warganet. Apatah lagi ia membabitka­n insan dikenali dan dikongsi pula pada bulan mulia ketika umat Islam menjalani ibadat puasa.

Yakin aturan Tuhan

Membongkar kecurangan konon dilakukan suami ketika diri sedang sarat berbadan dua bukan suatu yang mudah untuk dihadam oleh Nelissa sendiri, namun ujian yang diterimany­a pada Ramadan pasti mempunyai hikmah tersendiri.

“Ramadan kali ini menguji saya dalam cara yang tidak pernah diduga. Selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga, saya mendapat tahu kecurangan suami ketika sedang mengandung­kan anaknya.

“Ketika mendapat tahu perkara terbabit, saya rasa seperti seluruh dunia hancur dan tidak mampu melaluinya. Syukur, saya temui kekuatan diri dengan sokongan keluarga dan teman rapat.

“Saya percaya, setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Ini kerana Allah ada perancanga­n terbaik untuk saya dan bayi dalam kandungan,” luah Nelissa saat berkongsi perkara itu.

Sekadar fitnah

Nelissa juga berkata, biarpun melalui dugaan getir pada Ramadan, dia berterima kasih dengan pengalaman yang mengajar dirinya menjadi insan lebih baik.

Menerusi status sama, Nelissa berkata, dia sama sekali tidak menyangka dirinya berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai hati dan perasaan.

Bagaimanap­un, Ammar, 32, yang pada mulanya dikatakan cuba mendiamkan diri daripada mengulas dakwaan berkenaan akhirnya tampil bersama kenyataan, kononnya tuduhan terbabit adalah fitnah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia